[VIDEO] Kanak-Kanak Mirip Wajah Siti Sarah, Netizen Terkejut – “Bila Tak Make Up Pun Tetap Sama Weh! Rindunya”

Baru-baru ini tular video seorang kanak-kanak yang dikatakan wajahnya mirip penyanyi, Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, netizen mengatakan wajah kanak-kanak perempuan yang memakai baju oren dan berhijab itu saling tidak tumpah seperti arwah Siti Sarah.

Tidak hanya bentuk dan lirikan matanya, malah senyuman kanak-kanak itu juga turut mengingatkan netizen terhadap arwah.

Bagaimanapun ada yang mengatakan wajah kanak-kanak menyamai arwah adalah mungkin kerana mengenakan solekan.

Terbaharu, tular sebuah lagi video yang memaparkan kanak-kanak perempuan itu tanpa secalit solekan dan ternyata, seiras arwah Siti Sarah.

VIDEO;

@raisuddinhamzah

Membalas kepada @sarah_gopa

♬ bunyi asal – Raisuddin Hamzah – Raisuddin Hamzah

Rata-rata netizen meninggalkan komen seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihat oleh mereka.

“Memang senyum dan hidung tu macam arwah Siti Sarah,”

“Tak make up pun memang iras-iras arwah Siti Sarah,”

“Ya Allah… Macam Siti Sarah dilahirkan semula,”

“Muka seiras arwah Siti Sarah… Ada iras-iras sikit. Rindu orang yang tak ada memang sakit kan. Al-Fatihah buat arwah Siti Sarah. Amin,”

Terdahulu. seorang kanak-kanak perempuan tular di media sosial gara-gara memiliki wajah seiras penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber; Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*