“Saya mengaku salah” – Anak Norman dan Abby akhirnya buka mulut, katanya bukan semua cerita tular itu benar

ANAK kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania akhirnya bersuara susulan kontroversi dikatakan menjadi orang ketiga dalam hubungan bekas kekasihnya yang dikenali sebagai Aslam.

Mengakui kesilapan diri, Marissa Dania Hakim, 18, turut menegaskan tidak semua cerita tentang dirinya yang tular itu adalah benar.

“Saya mengaku salah. Apa yang tular dan dikatakan ada yang benar dan ada juga yang tidak benar. Tidak adil untuk mendengar kenyataan sebelah pihak sahaja.

marissa 2

Marissa berkongsi kenyataan menjelaskan hal sebenar.

“Antara saya dan pihak yang membuatkan cerita viral sudah tiada kaitan. Cukuplah semua kenyataan yang dikeluarkan untuk memberitahu satu dunia bahawa saya bersalah,” katanya menerusi Instagram.

Pada Jumaat, nama Marissa menjadi bualan netizen sehingga trending di aplikasi X.

Ini selepas seorang wanita bernama Misya mended4hkan anak pasangan pelakon itu adalah orang ketiga penyebab rumah tangganya bersama Aslam musnah.

Dalam pada itu, Marissa memberitahu hubungannya dengan lelaki berkenaan sudah berakhir.

Malah dia turut menafikan d4kwaan pernah keluar bersama bagi meraikan percer4ian Aslam bersama bekas isteri.

“Antara saya dan Aslam, mungkin ramai yang membuat andaian terhadap kami. Tetapi cukuplah saya dan Aslam sahaja tahu daripada mula sehingga ianya berakhir.

“Saya ingin beritahu, saya dan Aslam tidak pernah raikan apa-apa selepas mereka pulang dari mahkamah seperti yang ditulis,” ujarnya.

Dalam masa sama, Marissa turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah membuat andaian sehingga perkara tersebut boleh menimbulkan fitn4h terhadap dirinya.

“Saya tidak boleh menutup mulut orang. Jadi jaga mulut kalau rasa nak berkata-kata. Jangan sampai jatuh fitn4h atau mengh1na orang lain.

marissa 1

Marissa menjelaskan hubungan dengan Aslam.

“Ibu bapa saya sudah memberikan yang terbaik dan semua berlaku ini atas pilihan saya sendiri.

“Biar saya yang bersihkan kesilapan saya ini, bukannya ibu bapa saya,” jelasnya.

Selain pendeda4han sebagai pengganggu rumah tangga, Misya menerusi akaun X miliknya turut mend4kwa Marissa dan Aslam pernah menginap di sebuah hotel bersama dan perkara itu diketahui melalui notifikasi tempahan di emel.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*