[Video] keluar dating cvri tumpuan, peminat minta jangan luk4kan hati Sherry Alhadad… ‘Abang Proton’ akan cerita perkenalan mereka

NAMA pelakon dan pengacara Sherry Alhadad menjadi sebutan ramai apabila video dia keluar ‘dating’ bersama seorang jejaka tular di media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok Amin Moktar memaparkan Sherry yang mengenakan baju kemeja putih sambil mengenakan topi hitam menuju ke arah kereta lelaki berkenaan.

Malah wajah Sherry juga dilihat tersenyum gembira melihat gelagat Amin yang sedang merakamnya.

Amin dan Sherry kemudiannya dilihat menghabiskan masa bersama menikm4ti hidangan tengah hari di sebuah restoran.

Sherry 2

Sherry kelihatan teruja apabila Amin datang menjemputnya.

Jejaka berkenaan yang turut membahasakan dirinya sebagai Abang Proton turut menguapkan terima kasih kepada Sherry yang sentiasa menceriakan hidupnya.

“Evening date with her. Terima kasih selalu menceriakan hidup I. Sekian, Abang Proton,” katanya.

Selepas seharian bersama, lelaki berkenaan menghantar Sherry pulang kembali ke rumahnya dan pengacara tersebut berterima kasih kerana membawanya berjalan-jalan.

Lebih menarik perhatian lagi apabila Sherry juga mengajaknya untuk keluar bersama sekiranya ada masa terluang kelak.

Video:

@amirmoktar86

Jangan risau kitorang takda apa2 pun. Kami selesa berkawan baik begini. Sherry ni dah jadi client saya sejak tahun 2019 lagi. Nanti saya cerita macam mana saya kenal beliau.

♬ Kau Tigakan Cinta – Elkasih

“Terima kasih bawa saya pergi healing. Nanti kita pergi healing lagi eh? Kita makan pula dekat tempat lain,” kata Sherry.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata meminta Amin tidak melukakan hati Sherry dan memberinya layanan yang baik.

“Abang jangan main-mainkan Sherry. Kami sayang dia.

Sherry 1

Sherry dan Amin turut meluangkan masa makan tengah hari bersama.

“Sherry ini baik, kadang orang anggap kawan itu sebenarnya jodoh,” antara komen netizen.

Namun Amin memberitahu hubungannya dengan Sherry hanya sekadar rakan dan mereka telah berkenalan sejak 2019 lagi.

“Jangan risau kitorang tak ada apa-apa pun. Kami selesa berkawan baik begini. Sherry ini dah jadi client saya sejak tahun 2019 lagi.

“Nanti saya cerita macam mana saya kenal beliau,” ujarnya di ruangan kapsyen.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*