Aktres Shakilla Koriri akui enggan ambil pusing selepas namanya dipetik warganet berhubung kontroversi seorang pelakon wanita berstatus janda didakwa menyebabkan percer4ian.
Dakwaan terbabit mengatakan aktres yang tidak dinamakan tersebut menjadi orang ketiga sehingga pasangan berkenaan bercer4i.
Jelas ibu kepada seorang anak itu, isu berkenaan tiada kaitan dengan dirinya dan kontroversi sebelum ini juga sudah lama diselesaikan.
Tambahnya, jika masih ramai yang mahu mengaitkan namanya, ia langsung tidak memberi kesan buruk kepada dirinya dan keluarga.
Saya pun tak tahu siapa yang dimaksudkan dalam berita tersebut. Tak ada mention nama saya. Tak ada orang datang or call saya pasal apa-apa, jadi tiada kena mengena dengan saya.
Shakilla berkata dia kini sibuk dengan kerja dan bahagia bersama anak serta keluarganya jadi tiada masa untuknya mengambil tahu jika ada yang bercakap tentang dirinya.
Lagi benda tiada kena mengena dengan saya, lagi saya skip!
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : https://beautifulnara.com/
Leave a Reply