Wanita beranak dua boleh sam4n anak Abby-Norman kerana ganggu rumah tangga jika belum dicer4i suami

PEGUAM syarie berpengalaman memberitahu, wanita beranak dua dikenali sebagai Umisya Mazlan yang dicer4ikan suami susulan perkahwinan mereka diganggu pihak ketiga yang juga anak selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim boleh meny4man individu terbabit.

Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, Umisya sebenarnya boleh mengambil tindakan sam4n terhadap anak pasangan artis itu, Marissa Dania Hakim jika terdapat bukti kukuh gadis berkenaan menjadi punca sebagai perosak rumah tangganya.

Namun begitu ujar beliau, tindakan itu hanya boleh diambil ketika Umisya Mazlan dan suaminya Ahmad Aslam masih lagi bergelar suami isteri iaitu ketika mereka belum disahkan bercer4i sebagai usaha menghalang pihak ketiga menganggu keharmonian rumah tangga dibina.

“Kalau nak ambil tindakan terhadap orang ketiga ini sebenarnya boleh dibuat ketika (pasangan) masih dalam perkahwinan seperti mana tindakan pelakon Puteri Sarah Liyana ambil sebelum ini.

Akberdinnn

Datuk Akberdin memberitahu isteri boleh mengambil tindakan terhadap orang ketiga ketika masih dalam perkahwinan.

“Semasa berkahwin ada beberapa pilihan, tapi kalau sudah bercerai, dia kena tahu tindakan apa yang ingin diambil untuk pihak ketiga itu.

“Selepas itu baru dia boleh buat laporan ke pihak pejabat agama terdekat untuk lakukan siasatan,” katanya ketika dihubungi mStar.

Peguam berkenaan diminta mengulas mengenai isu yang kecoh selepas seorang wanita beranak dua mendakwa berp1sah dengan suaminya selepas rumah tangga mereka diganggu seorang gadis yang juga anak pasangan selebriti terkenal.

Wanita berkenaan iaitu Umisya membuat pended4han dengan menyertakan pelbagai bukti kecur4ngan suami dengan Marissa termasuk perbualan WhatsApp, paparan skrin tempahan sebuah bilik hotel selain beberapa rakaman perbualan video yang dimuat naik oleh kakaknya Nadiah Mazlan di Instagram.

Lelaki berkenaan dalam satu rakaman video tersebar turut mengaku tidak dapat mengakhiri hubungan dengan Marissa disebabkan lemah dengan pujukan remaja berkenaan.

Dalam pada itu, Akberdin memberitahu pendedahan dibuat Umisya itu juga tidak menjejaskan jika dia ingin membuat tuntutan hak harta sepencarian termasuk tuntutan hadanah bagi dua anak mereka.

Pun begitu, Akberdin memaklumkan setiap kes adalah berbeza dan ia bergantung kepada keputusan mahkamah selepas perbicaraan.

“Apa dilakukan bekas isteri bukan satu rekaan yang bertujuan memalukan sehingga berlakunya pencer4ian.

“Kalau apa didakwa bekas isteri itu benar, ia tidak akan menjejaskan tuntutan harta sepencarian atau hadanah (hak penjagaan anak-anak),” jelasnya.

Berkongsi lanjut mengenai pended4han dibuat wanita tersebut, Akberdin berkata pihak bekas suami juga boleh mengambil tindakan terhadap Umisya jika pemuda itu memiliki bukti kukuh bagi membuktikan semua dakwaan itu tidak benar.

“Jika perkara itu tidak benar, dia boleh ambil tindakan. Bekas suami boleh saman kerana mengaibkan dirinya secara umum.

“Bagaimanapun pihak bekas isteri boleh menggunakan pembelaan justifikasi di mana dia boleh kemukakan bukti yang dimiliki.

553

Marissa teruk menerima kritikan selepas namanya terpalit kontr0versi.

“Jadi sam4n malu pihak bekas suami tidak akan bertahan dan mahkamah boleh menolaknya jika dia gagal menyangkal semua tuduhan dengan bukti yang kukuh,” katanya.

Pada Sabtu lalu, Marissa tampil mengakui kesilapan yang dibuat namun menegaskan tidak semua cerita tentang dia yang tular adalah benar.

Malah remaja itu mendakwa hubungannya dengan Aslam juga sudah berakhir.

Untuk rekod Akberdin ialah peguam yang pernah mengendalikan kes percer4ian antaranya Diana Danielle dan Puteri Sarah Liyana.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*