Netizen Mula Berubah Hati Lihat Kebahagiaan Abang Tesla Bersama Dua Isteri – “Saya Cuma Nak Minta…”

Influencer Abang Tesla bersyukur atas rezeki dijemput ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah bersama dua orang isterinya.

Dia juga bersyukur kerana mempunyai isteri yang baik dan memahami.

“Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dilimpahkan rezeki dan dijemput lagi sampai ke Madinah untuk menunaikan umrah. Saya sangat bersyukur dan semua yang terjadi atas izin Allah.

“Saya sangat syukur dikurniakan isteri yang baik dan memahami. Apa pun, saya cuma nak minta doa orang ramai untuk doakan yang terbaik untuk kami, kebahagiaan kami,” katanya menerusi video TikTok.

Abang Tesla juga memohon maaf jika ada terkasar bahasa selain kesilapan yang dilakukan.

Video:

@abg.tesla

Bismillah cinta ❤️ #abgtesla #fyp #poligami

♬ original sound – ABG.TESLA – ABG.TESLA

“Apa yang silap, kami nak mohon maaf dan andai kata ada terkasar bahasa ke, kami nak mohon sekali lagi maaf. Kami cuma nak minta doa yang baik-baik untuk kami.”

Perkongsian itu nampaknya berbeza dengan sebelum ini kerana rata-rata netizen men!nggalkan komen yang positif dan gembira melihat kedua-dua isteri Abang Tesla bahagia bersama.

@abg.tesla

InsyaAllah selagi sy masih hidup sy akan bahagiakan kedua-dua isteri sy ❤️🫶🏻 #abgteslaumrahandalusia #abgtesla

♬ original sound – ABG.TESLA – ABG.TESLA

“Doakan kebahagiaan untuk Abang Tesla, kak Maj dan Syafiqah. Moga dapat zuriat soleh dan solehah. Bahagia dunia akhirat.

“Semoga Abang Tesla diberi kebahagiaan dan dikurniakan cahaya mata daripada kedua-dua isteri. Amin.

@abg.tesla

Tenang is Good. Sy cuma nak pesan.. Jagalah diri masing2.. Apa pun yg anda bilang, Tekadku takkan pernah hilang! ✌🏻 #abgtesla #abgteslaumrahandalusia

♬ original sound – ABG.TESLA – ABG.TESLA

“Semoga menjadi inspirasi buat wanita-wanita, isteri-isteri lain untuk hidup bermadu,” komen beberapa netizen.

Sebelum ini, tular di media sosial, Abang Tesla memuat naik gambar bersama dua isterinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang.

Berdasarkan pada kapsyen gambar tersebut, Abang Tesla menyatakan mereka akan bercuti di Turkiye dan menunaikan umrah bersama keluarga.

Sumber: Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://b.cari.com.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*