Malam ‘cucuk langit’, siang jadi imam solat jemaah…Ramai kagum pelajar ini tunjuk contoh imbangi dunia dan akhirat

RAKAMAN video memaparkan aksi seorang pelajar lelaki asyik menari ketika perhimpunan di sebuah sekolah baru-baru ini mendapat perhatian umum.

Mana tidaknya, gerak lenggoknya yang lembut di tengah-tengah khalayak cukup menghiburkan warga maya.

Malah disebabkan itu, carian di halaman TikTok dipenuhi namanya, Nirwan.

Namun di sebalik perwatakan yang lucu dan lincah itu, terdapat juga rakaman yang memaparkan dia mengimamkan solat berjemaah di sekolah.

Nirwan seorang yang aktif di sekolahnya.

Nirwan seorang yang aktif di sekolahnya.

“Antara dua personaliti anak bernama Nirwan,” tulis pemilik akaun Abang Asmara di ruangan kapsyen.

Berkongsi kisah dengan mStar, pemilik akaun yang juga guru bernama Hendry Sailabbi berkata, anak muridnya Mohammad Nirwan Abdul yang kini berusia 17 tahun merupakan seorang yang ceria selain sentiasa berfikiran positif.

“Nirwan memang ceria dan semua guru-guru sekolah akan kenal sebab dia mempunyai aura positif.

“Dia tak kisah kalau diejek, dia sentiasa ambilnya sebagai positif… lagipun dia suka bergurau terutama guru yang rapat dengan dia pasti akan sentiasa tengok gelagatnya,” ceritanya.

Video:

@encik_asmara

Antara dua personaliti seorang anak bernama Nirwan 😂😂😂…#sabahan #terusmenjadipenghiburorangramaiya🙌🏻

♬ suara asli – Breaks Music Group – Breaks Music Group

Berasal dari Lahad Datu, Sabah, Nirwan merupakan anak keempat daripada lima beradik.

Dia yang mengikuti aliran perakaunan bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada hujung tahun ini.

Berkongsi kisah di sebalik video tular yang mendapat tontonan lebih 3.4 juta pelayar, Hendry berkata rakaman dibuat semasa pelajarnya mengikuti perkhemahan badan beruniform.

“Nirwan ahli kelab St John Ambulance. Masa tu kelab dia perlu aturkan solat Zohor dan Asar… dan tanpa disuruh, dia sendiri volunteer nak jadi imam.

“Dia cakap nak jadi imam sebab kelab dia kekurangan lelaki dan mahu menjadi wakil kawan-kawan,” katanya yang mengajar subjek Sejarah.

Menurut guru berusia 32 tahun itu lagi, dia dan rakan-rakan pendidik yang lain juga terkejut apabila Nirwan menyatakan hasratnya itu.

“Sangat terkejut sebab selama dia ikut kelab kebudayaan di bawah seliaan saya, dia memang ‘gila-gila’ dan jenis lembut, manja.

“Sebab itu saya rakam masa dia jadi imam… dia siap cakap ‘biar saya yang jadi wakil imam kawan-kawan St. John’.

Kelab kebudayaan yang disertainya dengan Hendry sebagai penyelaras.

Kelab kebudayaan yang disertai Nirwan dengan Hendry sebagai penyelaras.

“Perwatakan Nirwan menyebabkan dewan solat ketika itu sedikit bising kerana ramai yang bersorak apabila mengetahui dia akan mengimamkan solat,” tambahnya yang berasal Tawau.

Bercerita lanjut, Hendry berkata, anak muridnya itu dikenali sejak di tingkatan 1 ketika dia mengajar subjek Sejarah.

Pun begitu, dia hanya ‘bertemu’ semula ketika Nirwan berada di tingkatan 5 kerana dipilih menjadi penyelaras kelab kebudayaan sekolah.

“Nirwan seorang yang aktif dan dia gemar menyertai kelab kebudayaan sekolah,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya turut terhibur dan kagum dengan dua perwatakan yang ditonjolkan Nirwan.

“Manusia ni seperti buku. Ada yang tertipu dengan kulitnya, ada yang mengejutkan dengan isinya… don’t judge a book by its cover.

Big respect untuk kau dik… imam yang paling slay aku pernah nampak.

“Inilah namanya balance dunia dan akhirat,” ujar beberapa warga maya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://www.mstar.com.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*