“Untuk dia tolong direct message (DM) saya dalam tempoh 24 jam atau saya panjangkan perkara ini kepada pegu4m…” – Syura Badron

BENGANG terus dikec4m tanpa henti, penyanyi Syura Badron memberi tempoh 24 jam kepada seorang individu untuk tampil membuat permohonan maaf kepadanya.

Syura atau Zuraidah Badron, 37, berkata, dia kesal apabila netizen tidak mengambil pengajaran daripada kes yang berlaku membabitkan dia, Lan Solo serta penyanyi Siti Nordiana.

“Tolong ambil perhatian! Dan untuk dia tolong direct message (DM) saya dalam tempoh 24 jam atau saya panjangkan perkara ini kepada peguam.

“Korang tak sedar yang korang pun sedang mengumpat juga sekarang ini? Ambillah pengajaran dari apa yang saya alami,” katanya.

syura

Antara komen netizen yang sempat disimpan Syura.

Syura berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada petang Rabu.

Menerusi perkongsian tersebut, Syura juga berkongsi beberapa komen individu dikenali sebagai Zabbick yang menggelar dia artis sendu dan penunggang agama.

Dalam pada itu, Syura berkata, dia berlapang dada dengan setiap teguran namun diharap tidak terlalu keterlaluan dalam penggunaan perkataan di media sosial.

Malah dia juga tidak teragak-agak untuk membuat netizen merasa turun naik mahkamah seperti dirinya.

“Korang-korang yang nak menegur, saya terima dengan hati terbuka tapi tak perlu sampai mem4ki dan mengh!na.

“Saya juga takkan teragak-agak ambil tindakan kalau masih ada yang mem4ki dan mengh!na secara DM ataupun terbuka.

“Kalau ada yang nak merasa naik turun mahkamah, sila teruskan berbuat demikian… tunggu saja surat peguam dari saya,” ujarnya.

Syura minta netizen beri nasihat yang baik-baik buat dirinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syura badron official (@syurabadron)

Pada selasa lalu, Siti Nordiana, 39, membuat permohonan maaf kepada lima defendan dalam kes saman berkenaan selain menyatakan dia memaafkan semua tindakan mereka sebelum ini.

395549172_18408678778044120_7795213402572085060_n

Nana dan lima sekawan sepakat untuk berdamai.

Lima sekawan iaitu penyanyi Lan Solo, Syura Badron, Nur Sheila, Sam Musyadzafar dan Raziah Ahmad kemudiannya turut membuat permohonan maaf selain memaafkan Siti Nordiana di hadapan hakim Dr John Lee Kien How @ Mohd Johan.

Isu membabitkan Siti Nordiana bersama lima sekawan itu bermula apabila peserta All Stars Gegar Vaganza (ASGV) itu memfailkan saman berjumlah RM2.5 juta terhadap mereka pada 3 Ogos 2021.

Nana memfailkan saman itu menerusi Tetuan Abang Azlan & Associates pada 30 Julai 2021 di Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur, dengan menamakan Lan Solo, 38, isterinya Nur Sheila, 37, dan Syura, 37, masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Dua lagi defendan iaitu keempat dan kelima ialah Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music, Sam Musyadzafar, 45, dan jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad, 44.

Dalam saman tersebut, Siti Nordiana menuntut penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta ganti rugi RM500,000 daripada setiap defendan.

Selain itu, terdapat juga tiga lagi tuntutan iaitu ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan ganti rugi khas yang akan dinilai serta ditentukan oleh pihak mahkamah.

Untuk rekod, kontroversi tercetus selepas penyanyi Lan Solo dan Syura membuat pendedahan mengejutkan berkaitan konflik yang berlaku antara mereka menerusi sesi Instagram live pada 20 Julai 2021.

Sumber: Instagram

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*