Bapa mentua Aliff Syukri men!nggal dunia ketika sedang soIat

BAPA mentua kepada usahawan Datuk Aliff Syukri iaitu Mohd Rashid Abas dilaporkan men!nggal dunia pada pagi Khamis.

Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 36, berkata dia menerima khabar tersebut sekitar pukul 4 pagi.

Bapa mentua Aliff Syukri men!nggal

“Pagi ini saya dan isteri saya dikejutkan 4 pagi berita pemergian bapa mentua kesayangan saya di Sungai Layar Kedah.

Aliff 2

Antara kenangan Aliff bersama bapa mentuanya.

“Bapa mentua saya sakit jantung, men!nggal dunia di rumah. Sekarang saya masih lagi dalam perjalanan ke sana,” katanya.

Menurut Aliff jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Layar Sungai Petani Kedah pada Khamis.

“Doakan arwah ayah mentua saya Mohd Rashid Abas ditempatkan di kalangan orang beriman.

“InsyaAllah beliau akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Layar Sungai Petani Kedah pada hari ini,” ujarnya.

Sementara itu dalam perkongsian di Instagram pula, Aliff berkongsi dirinya menangis kesedihan sambil bersiap untuk pulang ke Kedah.

Malah dia juga sempat berkongsi beberapa momen gembira bersama arwah yang telah dianggap sebagai ayah kandung.

Aligg 4

Kenangan Aliff dan keluarga bercuti bersama Allahyarham.

“Ayah… Kri (Aliff) sayang dekat ayah macam abah Kri sendiri,” luahnya.

Sementara itu, Nur Shahida pula memaklumkan bapanya itu men!nggal dunia semasa sedang menunaikan solat dan masih mengenakan kopiah semasa ditemui.

“Ayah saya men!nggal ketika sedang solat dan kopiah masih di kepala. Mudah sangat Allah jemput dia.

“Tak ada sakit pun,” kongsi di Instastory.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*