[VIDEO] Raisuddin Hamzah Kara0ke Lagu Siti Sarah Undang Seb4k – ‘Rindu Yang Tiada Penghujung’

 

Kehilangan anak yang tersayang semestinya memberi kesan terhadap seorang bapa, itulah apa yang dilalui oleh selebriti veteran, Raisuddin Hamzah.

Reaksi dan raut wajahnya ketika mendendangkan lagu arwah Siti Sarah baru-baru ini telah mencuri perhatian warganet.

Netizen turut sedih

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Raisuddin sedang berkaraoke sambil melihat muzik video lagu yang pernah dipopularkan oleh arwah Siti Sarah bersama Datuk Jamal Abdillah yang berjudul Sandarkan Pada Kenangan.

Bagaimanapun, air muka Raisuddin kelihatan seolah-olah menahan sebak ketika dia menatap wajah dan mendengar nyanyian arwah anak perempuannya itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet juga turut terkesan melihat Raisuddin yang sangat merindui arwah anak perempuannya.

Kesiannya dekat ayah arwah, Allahu. Betapa rindunya bapa kepada anaknya, rindu yang tiada penghujung.

Satu-satunya anak perempuan mana tak sakit merindui, lagi-lagi anak tu memang manja dengan dia.

Ya Allah sebak, rindunya ayah dekat anak dia.

Sakit betul rasa rindu tu sampai terasa dekat sini.

Terdahulu, pada 9 Ogos 2021, Siti Sarah telah menghembuskan nafas terakhirnya selepas bert4rung ny4wa melawan virus c0v1d19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sebelum itu, arwah menjalani pembed4han melahirkan bayi lelaki iaitu Ayash Affan ketika kandungannya berusia lapan bulan. Jenazah kemudiannya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak.

VIDEO;

@suciuwais

Asal nya dia ajak sekali utk karaoke bersama. #sandarkanpadakenangan #makder #raissuddinhamzah #fyp #sitisarahraisuddin

♬ original sound – MaKder – MaKder

Sumber: TikTok 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Oh bulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*