[VIDEO] Fathia Latiff Tak Mengaku G4nggu Rumah Tangga Orang, Akui Ada Simpan Dend4m Dengan Aiman Hakim Ridza

SELEPAS mencetuskan pelbagai kontroversi baru-baru ini, pelakon Fathia Latiff tampil menjelaskan punca dia memuat naik hantaran berkaitan pasangan selebriti Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza di media sosial.

Menurut Fathia atau Nur Fatiya Abdul Latiff, 36, perkongsiannya mengenai pasangan itu adalah kerana dia masih menyimpan perasaan dend4m terhadap Aiman.

Fathia bagaimanapun mengakui sudah pun melupakan kisah silamnya bersama Aiman yang sebelum ini merupakan teman lelakinya.

AIMAN 1

Sesi podcast Fathia bersama Caprice.

“Saya sudah ‘move on’. Kalau belum, saya tidak akan muat naik pasal dia. Saya sudah move on tapi saya ada dend4m terhadap dia.

“Saya tidak lagi cintakan dia, saya cuma ada dend4m,” katanya.

Fathia memaklumkan perkara itu dalam satu sesi podcast bersama penyanyi rap Caprice pada Jumaat.

Dalam masa sama, aktres itu berkata dia tidak merasakan tindakannya memuat naik beberapa hantaran berkenaan pelakon lelaki tersebut adalah salah.

Malah Fathia memberitahu hantaran yang dilakukan itu juga bukanlah satu provokasi untuk menghancurkan rumah tangga pasangan berkenaan.

“Ia provokasi? Yeke? Dia (Aiman) selebriti. Saya boleh post apa sahaja yang saya mahu. Semua orang di dunia guna foto public figure, kenapa saya tidak boleh?

“Dia juga pernah jadi sebahagian hidup saya. kami sudah selama empat atau lima tahun. Saya rasa tidak salah bila post fasal dia. Saya cuma post benda yang ada ruang dalam hati saya,” ujarnya.

Aiman FP

Fathia akui sudah move on dengan kisah silamnya bersama Aiman.

Sejak beberapa hari lalu, Fathia kembali menjadi perhatian ramai apabila dia secara terbuka berkongsi kisah lama selain membandingkan dirinya dengan Zahirah.

Kenyataan dibuat Fathia menimbulkan kemar4han netizen selepas dia menyamakan Zahirah sebagai wanita memiliki wajah seperti bib!k atau pembantu rumah.

Malah Fathia juga memuat naik gambar lama dia bersama Aiman Hakim dengan beranggapan bekas kekasihnya itu masih menyayanginya.

Pada satu hantaran berbeza dia turut memuat naik satu keratan lama temu bual bersama sebuah akhbar berkaitan kenyataan Aiman berkongsi mengenai hubungan mereka.

VIDEO;

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Video berkenaan telah mendapat komen daripada netizen yang mana rata-rata meminta Caprice untuk membantu Fathia mendapatkan bantuan dari psik0logi kerana bimbang melihat cara dia menjawab soalan tersebut.

Antara komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*