Tyzo Xander Tunjuk Bukti Kedudukan Rating Sebenar, DJ Lin Paling Cor0t

Lepas isu kontrak tak disambung, kecoh pula di media sosial dakwaan segmen kendalian DJ Tyzo dan Sharifah Shahirah menunjukkan penurunan.

Manakala, segmen Suria Cinta kendalian DJ Lin pada sebelah malam menunjukkan prestasi yang baik. Itu juga menjadi punca kontrak Tyzo tak disambung dan DJ Lin dikekalkan.

Membuktikan dakwaan tak benar, Tyzo tampil menunjukkan bukti yang ditulis tangan di papan putih oleh Pengurus Besar Suria FM sendiri.

Kata Tyzo, bagi tahun 2022 dan 2023, segmen Suria Petang adalah tertinggi sepanjang 4 kali survey berturut-turut.

Bukti tulisan tangan GM sendiri

Bekas penyampai Suria Petang ini menunjukkan bukti segmen kendaliannya paling teratas. Manakala segmen DJ Lin pada malam tercorot.

Rating survey tersebut adalah perbandingan di antara empat segmen utama stesen radio tersebut iaitu segmen pagi, siang, petang dan malam.

Terdahulu, Pengerusi Star Media Radio Group (SMRG), Datuk Dr. Mohd Aminuddin Mohd Rouse dalam sidang media pada petang Jumaat, berkata tiada sebab untuk memecat DJ Lin kerana penyampai itu menunjukkan prestasi yang bagus dan mengekalkan rating tertinggi setiap minggu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tyzo X xander (@tyzoxander)

Kredit: Instagram Tyzo Xander

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :https://ohmedia.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*