“Anak Saya Menvmbuk Muka Kawannya Harini, Bukan Nak Back Up Anak Tapi Padan Muka…” – Diana Danielle

 

Semalam, pelakon jelita, Diana Danielle mendedahkan anak sulungnya, Muhammad telah menumbvk muka seorang kawan.

Menerusi ciapan di aplikasi X, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson memberitahu kejadian tersebut berlaku disebabkan kawannya itu telah mengeluarkan perkataan yang tidak baik kepada Muhammad hanya kerana tidak mahu bermain bersama.

‘M4ki hamun anak saya’

Bukan itu saja, kanak-kanak tersebut turut mem4ki hamun serta memaksa Muhammad untuk membenarkannya datang ke rumah mereka.

Anak saya menumbvk muka kawannya hari ini. Kanak-kanak itu mem4ki hamun anak saya kerana dia mahu datang tetapi anak saya tidak mahu dia datang ke rumah kami.

Dah la nak paksa paksa datang rumah, bila tak bagi dia m4ki-m4ki dengan sumpah seranah.

Walau bagaimanapun, pelakon berusia 32 tahun itu menjelaskan bahawa dia tidak sesekali menyokong dengan tindakan yang dilakukan anaknya itu.

Disebabkan kejadian itu, Diana sudah tidak membenarkan anaknya itu untuk berkawan dengan kanak-kanak tersebut.

Memang elok merasa sikit biar ada adab. Bukan nak ‘back up’ anak pun, tapi padan muka. Akhir sekali, panggil Mak suruh selesaikan tapi tak nak mengaku dia provokasi anak kita.

Kita dah tak bagi anak kita kawan dengan dia.

‘Well done Muhammad’

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet mengatakan tindakan yang dilakukan Muhammad itu adalah satu tindakan yang betul.

Walau bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian, Diana telah memadam hantaran tersebut.

Sumber: X

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*