Bergambar Dengan Lelaki Atas Pelamin, Hidayah Bagi ‘Hint’ Kini Sud4h Tunangan Orang… Peminat Teruja Tump4ng Gembira

PERKONGSIAN foto memperlihatkan balu kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Nor Hidayah bergambar bersama seorang lelaki di atas pelamin mengundang pelbagai reaksi pengikut.

Dalam foto berkenaan, Hidayah yang dilihat memegang sejambak bunga nampak anggun mengenakan baju sedondon berona biru bersama lelaki itu.

Bagaimanapun, identiti lelaki berkenaan tidak dapat dipastikan kerana dia bergambar membelakangkan kamera.

dayah 1

Hidayah kongsi foto bersama lelaki di Instagram.

Sementara itu menerusi ruangan kapsyen, Hidayah hanya meninggalkan emoji bentuk hati berwarna biru.

Perkongsian tersebut seakan-akan memberi bayangan Hidayah kini berstatus tunangan orang namun tiada butiran lanjut mengenai perkara itu.

Dalam pada itu, rata-rata peminat men!nggalkan ucapan tahniah jika benar Hidayah kini sudah menjadi tunangan orang.

Mereka juga turut menitipkan doa agar urusan Hidayah dipermudahkan selain turut bergembira dengan perkongsiannya itu.

“Alhamdulillah, awak berhak. Semoga dipermudahkan urusan dan bahagia hingga ke akhir hayat.

“Tahniah Dayah, tumpang gembira lihat Dayah dah jumpa pengganti.

“Alhamdulillah Dayah dah bertunang,” antara komen netizen.

Untuk rekod, Hidayah dan Abam mendirikan rumah tangga pada 2017.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lima tahun.

Abam atau Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Redzuan men!nggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas pada usia 32 tahun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by hidayah_hamzah (@hidayah_hamzahh)

Sumber: Instagram

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*