Anak Sanggup Buat Pasp0rt Ke Ind0nesia, Kelu Tengok Bapa Kandung Selepas 24 Tahun Terpisah… Momen Berjumpa Semula Bikin Berjurai Air Mata

TANPA kasih sayang ibu dan bapa di sisi, hidup ini bagaikan tidak lengkap.

Namun itulah realiti kehidupan kerana tidak semua antara kita berpeluang menikmati limpahan kasih tersebut.

Nasib sama dihadapi seorang pemuda berstatus warganegara Malaysia apabila terpaksa hidup berjauhan daripada bapa kandungnya sendiri.

Lelaki ini membuat pasport untuk terbang ke Indonesia berjumpa dengan bapanya.

Bagaimanapun mereka akhirnya berjaya disatukan semula selepas 24 tahun terpisah gara-gara si bapa pulang ke kampung halaman di Indonesia.

Momen menyentuh perasaan tersebut dikongsikan menerusi hantaran di media sosial oleh sepupunya sendiri, Babybrown di TikTok.

“Pertemuan ayah dan anak setelah 24 tahun terpisah. Apabila Allah berkehendak, maka berjumpa juga,” tulisnya menerusi hantaran berkenaan.

Berdasarkan video itu, si bapa dilihat menahan sebak tatkala melihat wajah anaknya di depan mata.

Selepas bersalaman buat kali pertama, mereka terus berpelukan bagi melepaskan rindu.

Dari kecil langsung tak pernah jumpa sebab dia tinggal di Malaysia.

BABYBROWN

Hingga kini video berkenaan sudah meraih lebih 7 juta tontonan di TikTok.

Menerusi video berasingan, pemilik akaun turut berkongsi momen pemuda berkenaan ketika kali pertama bersua muka dengan saudara-maranya di Indonesia.

“Ni ketika mula-mula makcik dan saudaranya jumpa. Daripada kecil langsung tak pernah jumpa, sebab dia tinggal di Malaysia,” tulis sepupunya itu.

Tangkap layar daripada video sepupunya menceritakan perjalanan sebelum anak beranak ini berjumpa.

Bukan itu sahaja, sepupunya itu turut mengabadikan detik-detik ketika pemuda itu membuat permohonan pasport antarabangsa di kaunter Jabatan Imigresen Malaysia sebelum terbang ke Indonesia.

Setibanya dia di Indonesia, mereka tinggal di rumah ibu saudara yang merupakan kakak kepada bapa kandung pemuda berkenaan.

Bagi menjawab pelbagai spekulasi dan persoalan netizen, sepupunya menjelaskan bahawa wujud konflik antara ibu bapa pemuda berkenaan hingga menyebabkan berlakunya perpisahan.

VIDEO;

@babybrown911

Bila dah allah dah berkehendak,maka berjumpa juga

♬ Betapa Hatiku (Cover) – Efrydo Sihotang

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*