Dr Say ‘Sekolahkan’ Lelaki Tak Puas Hati Ibu Bapa Guna Lif Bawa Stroller – ‘Cuba Dukung 30 Kg Tengok Berapa Lama Ny4wa Terkandung Dalam Jas4d’

 

Baru-baru ini seorang individu meluahkan rasa tidak puas hati terhadap ibu bapa yang membawa kereta sorong bayi ke dalam lif ketika berkunjung di sebuah pusat beli-belah.

Susulan itu, ramai pihak yang bertindak mengecam dan menyelar individu tersebut.

Ulasan Dr Say

Berikutan isu tersebut, doktor selebriti iaitu Dr Say Shazril turut tampil menyuarakan pendapatnya menerusi perkongsian di TikTok.

Menurut Dr Say, ibu bapa menggunakan ‘twin stroller’ adalah bertujuan untuk memudahkan pergerakan mereka semasa mengurus anak-anak.

Sebab mengapa ibu bapa beli ‘twin stroller’ ini adalah kerana mereka boleh letak sekali dua anak di dalam.

Seorang parent boleh tolak stroller dan seorang lagi boleh pegang barang atau kadang-kadang ada urusan penting yang nak kena handle. Ada ‘single parent’ atau yang keluar secara solo, mereka akan jadi lebih mudah jika guna stroller ini.

Dalam pada itu, Dr Say menyelar pendapat individu berkenaan yang mencadangkan supaya ibu bapa sentiasa mendukung anak-anak mereka dan tidak menggunakan stroller.

Ya, bayi memang tak mampus kalau tak ada stroller malah bayi lagi suka berada di dalam dakapan ibu bapa masing-masing.

Tapi kalau bayi seorang 18 kilo, seorang lagi 12 kilo..ibu atau bapa pula dukung 30 kilo jadi rasa-rasa siapa mampus dulu? Cuba dukung 30 kilo tengok berapa lama nyawa terkandung dalam jasad tu.

Lepas tu nak larang orang yang ada anak ni untuk tak pergi ke pusat membeli belah. Ketika kecil dahulu awak gembira tak bila ibu bapa bawa pergi ke mall tengok mainan, makan dekat luar dan luangkan masa bersama keluarga?

Kecewa dengan sikap masyarakat

Bapa kepada tiga orang anak ini juga berasa kesal dengan pemikiran dan tindakan segelintir masyarakat yang disifatkan tidak mempunyai sikap timbang rasa sesama insan selain kesedaran yang masih rendah.

Dik, kalau tak ada dalam lif, stroller tu nak masuk ikut mana? KLCC dan kebanyakkan pusat membeli belah di Malaysia ni dah letak palang bila nak naik eskalator. Sebab mereka tahu betapa bahayanya guna stroller naik eskalator. Itu pun ada je ibu bapa yang redah.

Sebab kesedaran rakyat Malaysia dalam mengutamakan ibu bapa yang menggunakan stroller anak-anak, tersangat rendah.

Dari anak pertama saya yang lahir pada tahun 2019 sampai lah ke tahun 2024, jarang saya tengok ibu bapa yang bawa stroller dapat masuk lif dulu. Apatah lagi orang dalam lif keluar untuk bagi laluan. Padahal pihak pengurusan KLCC dah paparkan notis siap letak gambar untuk yang tak boleh membaca.

Bukan nak kata orang biasa tak boleh naik lif, cuma kalau nampak ada golongan yang memerlukan beri keutamaan kepada mereka.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan hujah yang diberikan oleh Dr Say selain turut berkongsi pengalaman yang sama ketika berada di pusat membeli-belah.

VIDEO;

@say_shazril0

Utamakanlah Yang Memerlukan Sy tahu mungkin penulis takde anak jadi dia tak faham apa yg kita parents hadapi tapi sy rasa bukan penulis sahaja yg berpemikiran sebegini sebab rata2 kesedaran mengenai siapa yg patut diutamakan naik lif ni masih rendah. Cuma sorry la dik, hang ter-trigger bapak yg suka gi KLCC, ada banyak anak & ada twin stroller.

♬ Piano Sedih Menyentuh Hati (Instrumen) – Pianoku

Sumber: TikTok Dr Say

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*