Gar4ng Tapi ‘Sweet’! Isteri Terharu Suami Sayang Anak Tiri Seperti Zur!at Sendiri, Utamakan Didikan Agama

STATUS ibu atau bapa tiri sering dianggap sebagai watak kejam dan tidak memberikan layanan yang baik kepada anak-anak.

Apatah lagi watak sebegitu kerap dipaparkan dalam drama-drama tempatan.

Namun bagi Nur Amira Hanim, 27, kisah mengenai suami baharunya, Zaini Ramli, 48, ternyata berbeza apabila melayan anak kandungnya dengan baik.

Nur Amira bersyukur dikurniakan suami yang baik.

Menurut wanita itu, suami yang dikahwininya empat tahun lalu menganggapkan Adha sebagai anaknya sendiri sejak dari awal.

Zaini menjaga anak kandung Amira dengan baik.

“Walaupun Adha anak tiri suami, ke mana je dia bawa Adha mesti Zaini cakap ini ‘anak sulung aku’.

“Orang lain nampak suami cakap kasar dengan anak tiri. Suami memang garang dengan Adha tapi layanan dia tak pernah dia abaikan.

“Suami siap suruh hantar pergi sekolah Pasti (Pusat Asuhan Tunas Islam). Katanya biar anak kita cerdik agama. Jangan jadi macam kita berdua,” katanya.

Berkongsi cerita pertemuan mereka, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2021 sekali gus menamatkan zaman jandanya.

Nur Amira berkata, Zaini juga berstatus duda selepas berpisah dengan bekas isteri pada 2012.

Hasil perkahwinan mereka, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Zulqarnain.

“Suami saya cakap yang Adha ni macam anak sulung bukan sebab dia tak ada anak dengan bekas isteri. Dia ada anak juga tapi mereka tinggal berjauhan,” ujarnya.

Suami saya tak pilih kasih dalam mendidik anak-anak.

NUR AMIRA

Meluahkan kesyukuran, suaminya tidak pernah membezakan antara kedua-dua anaknya itu.

Malah kat Nur Amira, suaminya juga menekankan mengenai kepentingan ilmu dalam diri anak-anak terutama pendidikan gama.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2021.

“Suami tak pilih kasih dalam mendidik anak-anak. Yang penting kenal alif ba ta (tulisan jawi) dan al-Quran.

“Sebab esok kalau mati, malaikat tak tanya satu tambah satu jawapannya berapa. Memang penting tapi biarlah cerdik agama lagi untuk akhirat dia.

“Baik Adha, baik juga untuk adik dia. Nanti kami masukkan mereka belajar di sekolah tahfiz,” katanya lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*