Bilionair buat persiapan hadapi ‘hari ki4mat’, bina kubu dan simpan bekalan makanan!

BEBERAPA individu ternama berstatus bilionair sudah melakukan persediaan untuk menghadapi ‘hari kiamat’, antaranya dengan membina kubu dan menyiapkan bekalan makanan serta ubat-ubatan.

Antaranya termasuklah bos Meta, Mark Zuckerberg yang membina sebuah kubu perlindungan di Hawaii.

Langkah drastik pengasas Facebook itu mendorong seorang pesohor podcast, Christina Randall mengisytiharkan bahawa golongan elit berkemungkinan sedang melakukan persiapan untuk menghadapi ‘bencana’.

Selain Zuckerberg, pengasas firma kepintaran OpenAI, Sam Altman menyediakan keperluan termasuk ubat antibiotik, air dan banyak lagi barangan lain.

“Saya cuba untuk tidak terlalu memikirkannya. Tetapi saya mempunyai senjata api, emas, kalium iodida, antibiotik, bateri, air, topeng gas daripada Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dan lain-lain,”ujarnya.

Altman berkata, dia dan pengasas bersama PayPal, Peter Thiel turut mengaturkan untuk ‘melarikan diri’ menuju hartanah mewah milik Thiel di New Zealand sekiranya hari ‘kemusnahan’ berlaku.

Turut tidak ketinggalan, hartawan teknologi, Elon Musk, yang mengisytiharkan bahawa beliau telah membina pertahanan ‘terbaik’ untuk menghadapi hari kemusnahan tamadun manusia.

Bos SpaceX itu berkongsi gambar trak dinamakan Tesla Cybertruck yang dilengkapi kaca perisai untuk melindungi daripada peluru berpandu atau robot pembunuh. -Dailystar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*