Pelakon Amelia Christie Lim akhirnya memberi respon mengenai spekulasi hubungan cinta dengan Sharnaaz Ahmad sudah berakhir.
Difahamkan, khabar angin ini timbul selepas ada dakwaan mengatakan pasangan ini sudah unfollow akaun media sosial masing-masing.
Amelia terima dengan hati terbuka, move on
Namun kata Amelia, dia tidak pernah menyekat atau berhenti mengikuti mana-mana akaun media sosial. Pelakon ini juga sebenarnya tak mahu membesarkan hal yang kecil.
Saya terima dengan hati terbuka dan ‘move on’. Saya akui perjalanan hidup saya masih panjang dan perlu tempuh macam-macam lagi dugaan.
Kalau dia tak pernah mengiyakan apa yang kami ada (hubungan) selama ini, saya terima saja.
Amelia meluahkan rasa syukur kerana Allah SWT telah menghadirkan orang yang baik di dalam hidupnya. Jelasnya lagi, kasih sayang yang ditunjukkan kepada Jebat Jayden selama ini adalah ikhlas dan tulus.
Tak nak bermusuh
Saya juga ingin jelaskan niat saya buat kenyataan ini bukan untuk menjatuhkan maruah sesiapa dan saya tak nak bermusuh dengan mana-mana pihak.
Saya cuma nak teruskan hidup dengan hal yang boleh menggembirakan dan membuatkan fikiran saya lebih positif.
Buat masa ini, Amelia mahu fokus kepada perniagaan untuk memastikan semuanya berjalan lancar. Dia gembira dengan apa yang dilakukannya sekarang.
Kredit: Harian Metro
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Oh Bulan
Leave a Reply