Ali Puteh Akhirnya Selesai Bayar Hutang Hidayah, Kongsi 27 Keping Resit Pembayaran

Pelawak, Ali Puteh akhirnya selesai membayar hutang kepada Hidayah sebanyak RM72,490. Jumlah tersebut dipersetujui oleh peguam Ali selepas menolak hutang daripada balu Abam sebanyak RM3,000.

Kesemua wang tersebut dimasukkan melalui ‘Cash Depost Machine’ (CDM). Beliau juga ada kongsikan 27 keping resit sebagai bukti pembayaran.

Selepas ini harap tiada lagi sebarang dakwaan atau berpanjangan isu ini. Maaf lambat sedikit sebab ada kekangan kerja


Sebelum ini Ali ada datang ke rumah Hidayah untuk membayar hutang tersebut secara tunai, namun ditolak oleh Hidayah atas nasihat peguam.

Apa-apa pun kes mereka berdua sudah selesai dengan baik. Semoga kedua-dua pihak dapat meneruskan kehidupan dengan lebih tenang selepas ini.

VIDEO

@pojie.pidon

#repost @aliputeh …. Alhamdulillah…selesai sudah hari ni…melangsaikan hutang balu arwah abg saya…Siti Nurhidayah Binti Mohd Ali… sy harap tiada lagi isu berbangkit berkenaan hutang ini lagi…sy mengambil ini sebagai pengajaran buat sy dan kita semua…sy mewakili seluruh ahli keluarga allahyarham Abam Bocey memohon ampun dan maaf buat semua … yg baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan…Akhir kata, sy memohon maaf dan memaafkan semua yg pernah berkata-kata pd sy dan keluarga … . . Datang rumah diwaktu petang, Datang untuk membayar hutang, Selesai sudah hutang piutang, InshaAllah,rezeki PASTI datang … . . Ikhlas, ALI PUTEH 02/03/24 #aliputeh #fyp #santaidiposisi

♬ Aesthetic – Tollan Kim

Kredit: Instagram Ali Puteh

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Oh Media

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*