BAGI pelanggan yang membuat tempahan makanan menggunakan syarikat penghantaran, lazimnya mereka tidak lokek memberi ‘rating’ lima bintang dan juga tip kepada rider jika berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.
Ia juga sebagai tanda terima kasih atau penghargaan kepada rider berkenaan yang bersusah payah menghantar pesanan makanan sehingga sampai ke tangan pelanggan.
Namun perkongsian seorang individu di laman sosial mengenai sikap seorang rider benar-benar mengundang kecaman ramai.
Dalam perkongsian tersebut, individu berkenaan melahirkan rasa terkejut bercampur geram apabila menerima mesej daripada seorang rider sejurus menghantar makanan yang dipesannya.
Tangkap layar perbualan antara pelanggan berkenaan dan seorang rider.
“Hi boss, saya gembira jika anda memberi rating lima bintang dan juga tip untuk saya dalam Grab Wallet. Jika tidak boleh, tak mengapa saya faham. Terima kasih dan nikmati makanan anda,” demikian mesej yang dihantar oleh rider berkenaan menerusi sistem chat dalam aplikasi pesanan makanan berkenaan.
Tidak dapat menahan rasa geram, individu itu bertindak membalas chat dengan menasihati rider tersebut supaya berhenti ‘meminta-minta’ daripada pelanggan.
“Hello, saya juga seorang penghantar makanan Grab. Sejujurnya, okay jika anda meminta saya memberi rating lima bintang.
“Tapi ayat minta tip tu macam tak cantiklah bro. Baru buat Grab ke? Akak dah empat tahun buat Grab, tak pernah minta tip. Nanti, orang daripada nak bagi, jadi tak bagi,” balasnya.
Aku kalau dapat mesej macam ni, memang tidaklah aku nak bagi tip.
NETIZEN
Individu itu turut memuat naik tangkap layar perbualan antara dia dan rider berkenaan di dalam hantaran yang dikongsikan di laman grup Facebook GrabFood Rider Malaysia.
“Harap lepas ni rider tak ada la meminta-minta tip. Tip ni orang akan bagi sendiri tanpa disuruh. Kalau macam ni orang jadi benci,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya turut bersetuju dengan pandangan individu berkenaan.
Rata-rata netizen turut bersetuju dengan pandangan pelanggan berkenaan.
“Dasar pengemis tip. Lebih baik bawa bekas kosong, lepas tu duduk dekat kaki lima bank.
“Betul… mula-mula customer memang sudah standby nak bagi tip tapi kau pergi minta. Last last tip tak ada, customer bagi rate 1 star.
“Aku kalau dapat mesej macam ni, memang tidaklah aku nak bagi tip,” demikian antara komen netizen.
Namun ada juga berpandangan, individu berkenaan tidak perlu menularkan perkara tersebut di media sosial memandangkan rider berkenaan sekadar mencuba nasib dan bertanya dengan sopan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : mstar
Leave a Reply