“Trend yang b*doh” – Doktor Tegur Sikap Ibu Di Media Sosial, Boleh Bagi Tr4uma Pada Anak

Kalau korang perasan, zaman sekarang ni ramai orang mengejar trend di media sosial sampai sanggup buat perkara yang boleh menjatuhkan maruah sendiri.

Seorang doktor juga influencer, Doktor Malar Santhi Santherasegapan yang selalu berkongsi ilmu di media sosial menegur segelintir ibu yang dikatakan selalu mengejar trend semasa hingga menjatuhkan maruah keluarga.

Perempuan kena jaga maruah, anak paling penting

Menerusi satu podcast yang dimuat naik oleh @yegacademy di TikTok, Doktor Malar menegaskan para ibu sepatutnya menjaga maruah diri di media sosial juga tempat awam kerana ia boleh mempengaruhi maruah keluarga.

 

Trend yang menjatuhkan maruah anda sebagai wanita, sebagai isteri. Sorry, I more focus on female because perempuan, kita perlu jaga diri kita untuk ayah kita, suami kita, anak kita. Anak ni penting tau. Anak bila dia dah besar, dia tengok balik apa yang mak dia buat, it can affect their childhood memories and mental health.

“What goes online stay online”

Tegurnya lagi, kita tidak tahu apa yang anak perlu hadapi jika kawan-kawannya mengejek ibu mereka kerana tidak menjaga perwatakan dan pertuturan ketika berada di tempat awam.

Imagine anak lelaki you pergi sekolah lepas tu kawan dia ejek tentang mak dia.. ‘Amboi peha mak kau. Amboi mak kau komen macam tu. Malu tau! Imagine the mental and memory of the son.

Ia bukan tentang glamour, kewangan. Ini adalah tentang ‘What goes online stay online’. It’s about siap diri anda 10 hingga 20 tahun akan datang. It’s about content yang netizen dan orang terdekat tengok.

Walaupun Doktor Malar sangat aktif di media sosial, dia tegas dengan pendiriannya untuk menjadi wanita yang dihormati dan dipandang berpendidikan. Jadilah juga influencer yang mempengaruhi orang dengan cara yang betul.

@yegacademy

“WHAT GOES ONLINE STAY ONLINE?!” Perkara yang berlaku dalam talian kena biarkan di dalam talian🤔 apa tu? Korang faham ke? Apa lagi, jom dengar apa Dr Malar nak kata tentang benda ni. Nak dengar Full Podcast Episode Kali ini? Jangan lupa aktifkan Notification di Youtube YEG Academy tau Khamis ni. #shouldbeme #kerjaya #jangansalahpilihbidang #yeg #belajarteruskerja #learnontiktok #tiktokguru #borakkerjaya #podcastyeg #podcast #fypシ゚viral #yegacademy

♬ original sound – YEG | Belajar Terus Kerja – YEG | Belajar Terus Kerja

Di ruangan balas, ramai netizen bersetuju dengan pendapat doktor tersebut.

Sumber: TikTok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Lobak Merah

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*