Alif Teega Layankan Aisyah Hijanah Mengidam Makan Piza

Sepotong video memperlihatkan pempengaruh islamik, Alif Teega yang melayani permintaan isterinya iaitu Aisyah Hijanah mengidam untuk makan piza telah mencuri perhatian wargamaya.

Ngidam piza

Menerusi hantaran di TikTok, Alif berkongsi momen dia membelikan piza untuk isterinya beserta kapsyen “mengidam piza sebelum bersalin”.

Dalam video berkenaan, Aisyah kelihatan gembira menikmati makanan tersebut bersama Alif di sebuah kedai.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya memuji sikap Alif yang sentiasa mengutamakan isterinya dalam apa jua keadaan.

Dalam masa sama, wargamaya turut menitipkan doa kepada Aisyah agar urusannya untuk bersalin dipermudahkan.

Difahamkan, Aisyah sedang menunggu hari untuk menyambut cahaya mata ketiga.

Untuk rekod, Alif dan Aisyah mendirikan rumah tangga pada 2017 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Alif kemudian membuat pendedahan yang mengejutkan apabila mengumumkan sudah bernikah kali kedua dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Fatin pada November tahun lalu.

Video

@alifteega

Semoga dimudahkan buat isteri @aisyahhijanah ❤️

♬ Jiwa Yang Bersedih – DENII

Sumber: TikTok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Oh bulan

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*