Ruhainies Tenang, Bakal Ambil Tindakan Netizen Sebar Fitn4h

Pelakon Risteena enggan mengulas lebih lanjut berhubung kontroversi membabitkan adiknya, Ruhainies dan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz.

‘Ruhainies sangat okay sekarang dan sangat tenang’

Ketika dihubungi media!, Risteena atau nama sebenarnya Nur Risteena Munim Zainul Ilyas mengakui tidak terganggu apabila diserang netizen disebabkan kontroversi yang melanda. Tambahnya lagi, itu merupakan asam garam yang perlu dilalui sebagai anak seni.

Sejujurnya sedikit pun saya tidak rasa terganggu apabila diserang atau timbulnya spekulasi yang berlaku sekarang. Sebab saya faham kehidupan sebagai seorang public figure akan sentiasa berhadapan dengan situasi sekarang.

Menceritakan perkembangan adiknya, Risteena berkata Ruhainies berada dalam keadaan baik dan tenang. Malah mereka sekeluarga kini menjalani kehidupan seperti biasa.

Ruhainies sangat okay sekarang dan sangat tenang. Kami menjalani kehidupan seharian kami macam biasa saja. Saya tidak pernah peduli dengan apa yang dikatakan kerana saya lebih mengetahui kejadian yang sebenar yang berlaku.

Cuma lebih baik saya serahkan pada Ruhainies dan Alif yang menceritakan sebab diorang lebih layak dalam kes ni.

Sementara itu, Risteena meminta orang ramai berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang spekulasi yang berbaur fitnah kerana tindakan akan diambil kepada mereka yang terlibat.

 Cuma netizen perlu berhati hati dalm berkata kata, sebab selepas kes ni selesai, sekiranya ada fitnah dari netizen, akan diambil tindakan pada diorang. Pihak Ruhainies telah pun screenshot semua fitnah yang dilemparkan buat masa sekarang.

Pada awal pagi Sabtu, media melaporkan pasangan selebriti telah ditangkap bersekedudukan di sebuah kondominium mewah yang terletak di ibu kota.

Adik kepada Bella iaitu Didi Astillah mengesahkan individu yang dicekup oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) itu adalah abang iparnya, Aliff.

Aliff dan Ruhanies dilaporan sudah dibebaskan dengan jaminan sementara kira-kira jam 2 petang di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sementara menanti pendakwaan pada satu tarikh lain (masa terdekat).

VIDEO

@mk.mediia

RUHAINIES Tepis DAKW4AN Kena TANGK4P BASAH & Jelaskan Ini Pula #beritatiktok #tiktoknews #mkmediamalaysia #mkmedia #ruhainiesaliffaziz #aliffazizruhainies #aliffaziz #bellaastillah #ruhainies

♬ bunyi asal – Mk Media – Mk Media

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Oh Bulan

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*