(VIDEO) Tengku Muhammad Bakal Tamat Zaman Bujang, Bakal Isteri Jadi Tumpuan Rakyat- “Tengku Natasya Adnan Nama Diberi”

Tempoh hari, muncul dakwaan di media sosial mengenai puteri pertama Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billal Shah dan permaisuri Tunku Azizah, Tengku Afzan Aminah Hafizatullah bakal berlangsung pada Ogos tahun ini.

Meskipun tiada sumber rasmi daripada Istana Pahang, namun tular mengenai komen Tengku Ampuan Pahang di TikTok yang memaklumkan berita gembira itu.

Terbaru, kekanda Tengku Afzan, Tengku Muhammad Iskandar dikhabarkan turut mengikut jejak langkah adindanya itu pada tahun yang sama.

Dikhabarkan, Tengku Muhammad bakal bernikah dengan Tengku Natasya Adnan Tengku Mansor yang juga anak kepada bekas menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Berikutan itu, ramai yang teruja untuk mengenali siapakah gerangan wanita pilihan Tengku Muhammad ini.

Foto-foto dan video saat Tengku Muhammad dan Tengku Natasya meluangkan masa bersama-sama turut menjadi tular.

Sekadar info, Tengku Muhammad adalah pewaris takhta yang kedua dalam susur galur pewarisan takhta singgahsana kerajaan negeri Pahang. Beliau dilahirkan pada 3 Ogos 1997 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan Pahang.

VIDEO

@aidnrfzh_

this little moment🥹… Credit to owner video. Pls tag yourself if this video is yours. Tq #tengkumuhammad #tabtms #pahangroyalfamily #fyp #foryou

♬ Star – Colde

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :  Beautifulnaara

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*