Jualan Mer0sot, Kieda Crepe Guna Duit Simpanan Bagi Staf Bonus Dan Belanja Barang Dapur

Usahawan terkenal dari Pulau Pinang, Kieda Crepe mengaku menjadikan Khairul Aming sebagai inspirasi. Dalam satu hantaran di TikTok, Kieda dilihat memberikan bonus hari raya dan belanja staf membeli barangan keperluan harian.

Jelas usahawan ini, dia kagum dengan contoh yang diberikan Khairul Aming dan sanggup menggunakan duit simpanan menggembirakan staf.

Jelas Kieda, pada awalnya staf dimaklumkan tiada bonus hari raya memandangkan jualan pada bulan Ramadan merosot teruk.

Tetapi demi menghargai staf yang sudah bertungkus lumus selama ini, Kieda tidak berkira menggunakan duit sendiri.

Saya nak team saya beraya dalam keadaan happy, enjoy dan dapat berbelanja lebih kepada keluarga. Walaupun saya dan suami kalah di medan perang, kami masih melaksanakan tanggungjawab kami sebagai ketua anak-anak kami.

Kieda bagaimanapun meminta maaf kerana tidak membelikan baju raya seperti tahun-tahun sebelum ini. Usahawan ini sebaliknya mahu staf mengutamakan barang keperluan harian seperti susu anak, lampin, beras dan sebagainya.

VIDEO

@kiedacrepepenang

“TIRU KEBAIKAN DEMI KEBAHGIAAN” Dan Demi sebuah senyuman🩷 Ku korbankan segalanya . Selesai bahagian semua staff . Allah izinkan 🤲🏻 Gaji , Bonus , keperluan rumah🤍 Thankyou Allah @AmykiedaMerchadise @KiedaCrepeHouse 🫂 #kiedacrepe #kiedacrepehouse

♬ Hal Hebat (Acoustic) – Govinda

Alhamdulilah, gembira sangat bila ramai yang menjadikan Khairul Aming sebagai inspirasi kan?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Tiktok

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*