Pelakon, Bella Astillah mendedahkan yang Aliff Aziz lebih 8 kali ke Pavillion Suites yang mana lokasi tersebut adalah tempat dia ditangkap khalwat bersama selebriti, Ruhainies pada 9 Mac lalu.
Menerusi video yang dikongsi Media Hiburan sewaktu sidang media Bella Astillah semalam, pelakon drama Aku Tanpa Cintamu itu mengatakan yang suaminya jarang pulang ke rumah selepas menjalani pengambaran bersama Ruhainies.
Aliff jarang balik rumah waktu shoot dengan Ruhainies
Disebabkan itu, dia cuba menghubungi pelakon dan juga rakan baiknya bagi mengetahui keberadaan suaminya namun Ruhainies menafikan ada bersama Aliff.
Ternyata selama ini dia dibohongi apabila rakaman GPS yang ada di kereta dipandu Aliff menuju ke Pavillion Suites iaitu rumah Ruhainies yang juga lokasi mereka ditangkap khalwat.
“Ruhainies is my good friend. Dia adalah sahabat saya yang sentiasa mendengar keluhan saya. Kita pernah pergi Korea bersama-sama, duduk sebilik, pada saya impossible.
“Ada satu hari Bella duduk sorang-sorang kuat semangant, Bella buka GPS track tu. Aliff lebih lapan kali pergi ke Pavillion Suites.
“Kalau pun kata Bella yang nak perangkap, kenapa Bella tak buat time kali ketiga, kali keempat? I think bukan lapan kali lah, more than that,” dedah Bella.
Aliff Aziz lebih 8 kali ke Pavillion Suites, tapi Ruhainies nafi ada bersama tiap kali dihubungi
Lebih membuatkan Bella geram adalah tindakan rakan baiknya itu yang menafikan ada bersama Aliff sewaktu dihubungi.
Pemilik nama sebenar Dayang Ara Nabellah Awang Astillah turut ditipu Ruhainies kerana mengatakan tinggal di alamat yang berbeza dan bukan di Pavillion Suites.
“Dan Bella ada rakaman selepas dah mengesyaki pergi Pavillion Suite. Bella call Ruhainies, Bella cakap Aliff tak balik, dia buat-buat terkejut; “ye ke, kitorang dah habis shoot sama-sama, tapi tak tahu pula. Ohh mungkin Aliff pergi beli makan”
“Bella cakap ni bukan sekadar cakap, Bella ada bukti,”
“Dia cakap lagi, “tak tahulah, you nak I call dia tak? Bila tengok location, Aliff dengan dia. Dan dia tipu Bella, dia cakap dia tinggal di Four Seasons, dia tak bagitahu pun dia tinggal Pavillion Suite. Kalau Bella ni sahabat dia, dia patut bagitahu,” katanya.
Bella : Aliff tak balik.
Ruhainies : Oh yeke, kiteorang dah habis shooting sama-sama, tak tahu pula. Oh mungkin dia pergi beli makanan kot? I tak tahulah, you nak I call dia tak?”
Aliff Aziz lebih 8 kali ke Pavillion Suites, anggap kecurangan Aliff berlebihan
Diakhir video tersebut, Bella dengan tegas mengatakan kecurangan yang dilakukan sebanyak 11 kali dibuat Aliff nampaknya sudah tidak dapat dimaafkan dan mahkamah syariah adalah penyelesaiannya.
VIDEO;
@mediahiburanofficial “Kalau 11 kali curang, mahkamah syariahlah jawabnya.” Dalam sebak ibu kepada dua cahaya mata ini meluahkan isu membabitkan suaminya termasuk rakan pelakon, Ruhainies. #MHnews #MediaHiburan #FYP
“Dia macam ni, kalau sekali kita curang, kita boleh panggil dia kesilapan. Semua orang buat silap. Kali lima kali curang tu pilihan. Tapi kalau 11 kali curang, mahkamah syariah la cerita dia” ujarnya.
Untuk rekod, Aliff Aziz dan Ruhainies telah ditangkap khalwat di sebuah kondominium mewah sekitar 9 Mac lalu apabila didapati berdua-duaan di dalam kediaman pelakon wanita terbabit.
Dalam pada itu, tular juga tangkapan layar rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bahagian lobi kondominium dipercayai dua selebriti terbabit yang ingin memasuki lif.
Sumber: TikTok Media Hiburan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber :https://ohmymedia.cc/
Leave a Reply