Petang sampai sahur, jen4zah masih tak dikebumi! AJK masjid guna ku4sa veto… Letak ‘syarat z4lim’, buat kubvr hak eksklusif

SUDAHLAH sedih dengan pemergian insan tersayang, pengurusan jenazah dilewat-lewatkan pula.

Sebagai orang luar, memang sayu melihat ahli keluarga arwah berterusan meratapi kematian lebih-lebih lagi jika proses pengebumian sengaja dilengah-lengahkan..

Situasi ini berlaku disebabkan sikap penting diri pihak masjid sebagaimana yang didakwa.

“Kalau nak kebumi di sini, biar pihak masjid yang uruskan semua. Kalau pihak luar, tak boleh,” kata seorang Ahli Jawatankuasa (AJK) sebuah masjid kepada waris arwah.

Waris mahu jenazah dikebumikan segera. -Gambar hiasan (FB SJPM)

Begitulah ‘syarat’ yang dikenakan oleh AJK sebuah masjid sehingga dipersoalkan badan bukan kerajaan (NGO) yang menguruskan jenazah Muslim dan bukan Muslim dalam dan luar negara, Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM).

Pengerusi Eksekutif SPJM, Muhammad Rafieudin Zainal Rasid berkata dia kesal dengan tindakan pihak masjid itu yang seolah-olah ‘mengawal’ sepenuhnya pengurusan jenazah.

“Saya paling tak suka pihak masjid yang menggunakan kuasa veto untuk mengawal pengurusan jenazah,” katanya di Facebook.

Menurutnya, sebelum itu terdapat seorang waris meminta bantuan skuadnya untuk menguruskan jenazah di hospital, namun dihalang untuk melakukannya.

“Dari petang semalam bawa ke waktu sahur ni waris asyik telefon. Waris WhatsApp saya untuk berbincang tentang pengurusan jenazah. Kami putuskan untuk uruskan mandi kafan di hospital pagi ini,” ujarnya.

SPJM sedia menguruskan jenazah dalam dan luar negara. -Gambar hiasan (FB SPJM)

Lebih dikenali Ustaz Rafie, katanya, semua persiapan sudah diaturkan oleh pihaknya, hanya tinggal urusan tempahan kubur sahaja.

“Saya minta waris berurusan dengan pihak masjid. Tiba-tiba waris telefon pagi ni kata pihak masjid letakkan syarat kalau nak kebumi jenazah di kubur kariah itu, jenazah mesti diuruskan sepenuhnya pihak masjid. Kalau hanya kubur saja tak boleh.

“Apa hak AJK masjid untuk buat syarat macam tu? Kubur tu hak eksklusif ke? Innalillahi wainna ilaihi roojiun.

“Saya pun malas nak cakap banyak dan minta waris teruskan saja pengurusan jenazah dengan pihak masjid. Sungguh kecewa dengan sikap AJK masjid tu,” katanya.

AJK sebuah masjid mengenakan syarat sebelum pengebumian jenazah. -Gambar hiasan

Ustaz Rafie bagaimanapun menjelaskan kekecewaannya bukan kerana tidak dapat menguruskan jenazah itu, tetapi terkilan dengan syarat dikenakan oleh pihak masjid.

“Kecewa dengan syarat yang dikenakan tu sehingga waris tak dapat nak buat keputusan sendiri. Semua kena ikut telunjuk mereka!

Pentadbir masjid yang diamanahkan untuk mentadbir kubur, jangan salah guna kuasa ambil kesempatan ke atas waris.

MUHAMMAD RAFIEUDIN ZAINAL RASID

“Kalaulah pihak masjid tu cerdik, tentu dia tahu hak menguruskan jenazah itu adalah hak waris. Waris yang berhak menentukan kat mana jenazah nak diuruskan dan siapa yang menguruskannya.

“Tapi bila AJK masjid tu buat syarat macam tu seolah-olah merampas hak waris dan waris terpaksa mengikut cara mereka! Ini zalim!” tegasnya.

Tanpa mendedahkan lokasi masjid, Ustaz Rafie memberi nasihat dan teguran kepada semua pihak berkaitan supaya tidak timbul isu yang sama pada masa akan datang.

“Tolonglah wahai pentadbir masjid yang diamanahkan untuk mentadbir kubur, jangan salah guna kuasa untuk ambil kesempatan ke atas waris.

“Mereka tiada pilihan apabila kalian letakkan syarat begitu. AJK masjid kena faham, ada sebab pihak waris nak uruskan jenazah di hospital. Boleh jadi kerana faktor aib jenazah atau penyakit berjangkit,” katanya.

Urusan pengebumian jenazah di tanah perkuburan. -Gambar hiasan (FB SPJM)

Bagi memudahkan urusan, waris mahu jenazah dibawa ke masjid setelah urusan mandi kafan selesai di hospital, manakala di masjid boleh terus melakukan solat sebelum dibawa ke kubur untuk dikebumikan.

“Bila diletakkan syarat, kalau nak kubur sini kena masjid uruskan semua dan kalau orang luar urus tak boleh kebumi situ. Ini zalim namanya!

“Harap segera ubah mentaliti itu dan belajarlah ilmu fardu kifayah ini lebih mendalam. Sungguh saya kecewa dengan perangai orang-orang masjid macam ni!” kata Ustaz Rafie lagi.

Menurut bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri menerusi Maktabah Al-Bakri yang mengupas soal jawab mengenai agama, jenazah adalah disyorkan disegerakan untuk pengebumian.

Daripada Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: “Segerakanlah dengan jenazah. Sekiranya dia merupakan jenazah yang soleh, nescaya dia merupakan suatu kebaikan yang kamu hantarkan ia padanya. Namun sekiranya dia tidak soleh, maka itu suatu keburukan yang kamu pikul di atas bahu-bahu kamu.”

“Menyegerakan pengebumian jenazah di dalam hadis di atas termasuk proses memandikan, mengkafankan, mengangkat serta mengusungnya ke tanah perkuburan. Justeru, perbuatan yang terbaik adalah kita segerakan kecuali tempoh yang tidak lama untuk menunggu. Oleh itu, segerakanlah,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*