Kutipan derma khas bayar imam tarawih cecah 21K… Bendahari masjid 1ri h4ti, b4ntah beri semua! Kalau boleh nak bagi RM500 saja

PIHAK masjid kebiasaannya akan memberikan sumbangan seikhlas hati atau cenderamata kepada imam jemputan sebagai tanda penghargaan.

Namun baru-baru ini tular hantaran di laman Facebook mendedahkan seorang bendahari masjid yang didakwa tidak amanah menguruskan kewangan rumah Allah.

Menurut seorang lelaki yang merupakan sebahagian daripada pihak pengurusan masjid itu, berlaku konflik sesama mereka dalam menentukan jumlah wang yang hendak diberikan kepada imam jemputan sebagai sagu hati.

Banyak ganjaran pahala menanti dalam bulan Ramadan. -Gambar hiasan

“Ini adalah satu kes di sebuah masjid yang saya hendak ceritakan. Masjid ni ambil khidmat pelajar tahfiz untuk jadi imam tarawih sepanjang Ramadan.

“Mesyuarat jawatankuasa setuju nak bagi sagu hati RM2,000 kepada budak tahfiz tu untuk 15 hari pertama Ramadan. Manakala baki lagi 15 hari Ramadan kepada budak tahfiz yang lain pula. Maka jumlahnya RM4,000.

“Tiba-tiba bendahari masjid kami bersuara, dia cakap tak setuju RM2,000 untuk seorang budak tahfiz, katanya tinggi sangat. Sebaliknya dia cadang bagi RM500 je seorang.

“Ahli jawatankuasa lain terus bantah. Tak berbaloi langsung, penat kot jadi imam tarawih merangkap tahfiz yang menghafal 30 juzuk al-Quran. Kita patut hargai ilmu mereka. Maka bendahari pun bagi lagi satu cadangan,” cerita lelaki tersebut.

Bendahari itu seterusnya membentangkan idea untuk meraih dana dengan meletakkan tabung bergerak bagi menampung sagu hati pelajar tahfiz berkenaan.

“Kutipan derma ini akan dijalankan dalam masa sehari je, khusus untuk imam tarawih kami tu. Maka malam sebelumnya tu setiausaha buat pengumuman kepada anak kariah.

Sesiapa nak buat sumbangan untuk dijadikan sagu hati imam tarawih, esok boleh letak duit dalam tabung bergerak. Pendekkan cerita, tabung tu pun bergerak apabila tiba harinya.

“Selesai tarawih, ahli jawatankuasa masjid mula kira-kira duit. Alangkah terkejutnya kami, kutipan semua sekali mencecah RM21,000. Banyak tu, Alhamdulillah.

Saya sangat bersetuju, panggil je bendahari tu jadi imam solat tarawih untuk malam yang berbaki ni.

WARGA MAYA

“Tapi di sini sekali lagi berlaku ketegangan antara kami dengan bendahari masjid,” imbas lelaki itu.

Rasa panas hati mula terbit apabila bendahari tersebut rambang mata dan mahu mengambil sebahagian kutipan yang terkumpul untuk kegunaan masjid.

“Bendahari tu boleh cakap banyak sangat nak bagi RM21,000 dekat budak tahfiz. Dia kata pihak masjid kena ambil sikit. Kami semua memang tak puas hati. Dia yang bagi cadangan, dia sendiri yang berubah fikiran.

“Sebab geram punya pasal, akhirnya saya cakap sendiri dekat pengerusi masjid, apa kata kita bagi bendahari tu je jadi imam. Banyak sangat benda yang tak kena.

Sebahagian pandangan warga maya.

“Saya terus panggil dia masuk pejabat saya, Memang habis ‘masak’ bila dia jumpa saya. Pegang jawatan tu biar bagi elok buat kerja,” ujarnya menutup bicara.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya menyelar tindakan bendahari tersebut.

“Bendahari itu kena tukar, dia ada sifat iri hati. RM2,000 yang dipersetujui pada awalnya dikhianati, jadi Allah ganti RM 21,000 untuk imam tarawih itu. Tapi yang itu pun nak dibolotnya juga.

“Bendahari tidak sepatutnya diberikan kuasa ‘veto’, beliau hanya memikul amanah menguruskan kewangan masjid. Keputusan mestilah melihat kepada suara majoriti di kalangan ahli jawatankuasa.

“Saya sangat bersetuju, panggil je bendahari tu jadi imam solat tarawih untuk malam yang berbaki ni,” ujar sebahagian warga maya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*