Cermin Kereta Safiq Rahim Pec4h, Diser4ng Dua Individu Guna Tuk0l Besi – ‘Tak Sangka Saya Pula Kena’

Selepas Akhyar Rashid dan Faisal Halim diserang sehingga mengakibatkan kecederaan, kini Safiq Rahim pula menjadi sasaran individu tidak bertanggungjawab.

Safiq Rahim diserang

Menerusi perkongsian di Instagram, Safiq atau nama lengkapnya Mohammad Safiq Bin Rahim memaklumkan bahawa kereta miliknya telah diserang oleh dua individu menggunakan tukul besi dan kejadian tersebut berlaku berdekatan Pusat Latihan JDT.

Dua lelaki datang ke arah kereta saya dan salah seorang pembonceng motosikal tersebut mengeluarkan sebatang tukul besi lalu mengetuk cermin belakang kereta saya.

Ketukan tersebut menyebabkan saya terkejut dan memberhentikan kenderaan. Kemudian dua lelaki berkenaan berhenti di hadapan saya dan menunjukkan tukul ke arah saya sebelum mereka beredar.

Terdahulu,  pemain Terengganu FC, Akhyar Rashid telah disamun dan dipukul dengan sebatang besi boleh laras oleh dua lelaki dalam kejadian di Kuala Terengganu, Terengganu pada Khamis.

Beberapa hari kemudian, pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim pula menjadi mangsa jenayah apabila disimbah asid dalam kejadian di sebuah pasar raya dekat Kota Damansara, Petaling Jaya pada Ahad.

Laporan polis

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : IG Safiq Rahim

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*