Dah lama tak berhubung dengan Syamsul, Yusof Haslam jawab khabar angin Ira Kazar dah hamil

KHABAR angin pengarah Syamsul Yusof menimang cahaya mata bersama isterinya Ira Kazar terus hangat diperkatakan netizen sejak akhir-akhir ini.

Menjawab mengenai spekulasi itu, pengarah Datuk Yusof Haslam mengakui tidak mengetahui berita itu memandangkan dia dan anaknya sudah lama tidak berhubung.

Yusof, 70, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut kerana bimbang akan menyinggung perasaan isterinya iaitu Datin Patimah Ismail dan anak mereka.

Yusof mahu jaga isteri dan keluarga.

“Saya tak tahu… saya dan isteri pun sudah lama terputus hubungan dengan Syamsul.

“Jadi saya tak boleh nak cakap benda yang saya tak tahu nanti lain pula jadinya.

“Saya tak nak komen sebab saya nak menjaga hati semua orang. Hati isteri dan keluarga,” katanya.

Yusof berkongsi perkara itu ketika di temui di majlis tayangan perdana filem Ngesot yang berlangsung di Kuala Lumpur pada malam Selasa.

Dalam pada itu, Yusof mengakui berasa rimas dengan pertanyaan segelintir pihak yang kerap bertanya mengenai anak sulungnua itu.

Malah dia juga percaya khabar gembira seperti itu sepatutnya keluar dari mulut anaknya sendiri.

“Jujur saya katakan, saya rimas. Tetapi, sebagai selebriti, kita tidak boleh membelakangkan pihak media. Bagaimanapun, jawapan itu tetap ada batasnya.

“Jika ingin mendapatkan kesahihan berita itu, lebih baik bertanyakan kepada tuan punya badan sendiri,” ujarnya.

Yusof minta Syamsul jawab sendiri mengenai rumah tangganya.

Walaupun sudah lama tidak berhubung, Yusof berkata dia dan isteri sentiasa memberi sokongan dan mendoakan kejayaan anaknya.

Dia juga turut gembira melihat kejayaan dalam setiap karya yang dihasilkan Syamsul dan adiknya Syafiq Yusof.

“Sebagai orang tua saya sayang anak saya. Mustahil saya hendak merendah-rendahkan dia. Selepas ini filem baharunya akan keluar, The Original Gangster.

“Sebagai orang tua saya mendoakan dia berjaya. Tidak kira sama ada adik dia berjaya, dia pun berjaya. Masing-masing berjaya menghasilkan filem yang sukses.

Syamsul (kiri), Yusof (tengah) dan Syafiq (kanan) saling menyokong kerjaya masing-masing.

“Meskipun bukan terbitan Skop Production, tetapi saya tetap memberi sokongan penuh kepada filem baharunya itu,” jelasnya.

Untuk rekod, Syamsul sebelum ini mengumumkan dia bernikah dengan pelakon Ira Kazar di Thailand pada 6 Januari tahun lalu.

Pada 14 Jun 2023, Syamsul sah bercerai talak satu dengan aktres Puteri Sarah Liyana selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga.

Yusof sebelum ini juga pernah memberitahu Syamsul sudah lama tidak pulang ke rumah tanpa mengetahui punca sebenar.

VIDEO

@melodiberapi

Datuk Yusuf Haslam tidak mahu memberi sebarang komen mengenai dakwaan telah menerima cucu baru dari pengarah Syamsul Yusuf & Ira Kazar. #meloditv3 #irakazar #syamsulyusof #skopproductions #datoyusofhaslam #pregnant #cucuatok

♬ original sound – Melodi tv3 – Melodi tv3

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*