Pelajar Beri Hadiah Barang Kemas Untuk 10 Orang Cikgunya Sempena Hari Guru

Satu video menjadi tular di media sosial sejak semalam apabila ibu bapa kepada kanak-kanak ini telah memilih hadiah berupa barang kemas sebagai hadiah Hari Guru yang disambut hari ini.

Pelajar berusia 7 tahun itu dilihat mengunjungi sebuah kedai barang kemas popular sambil ditemani ibu bapanya.

Hadiah Hari Guru 2024 daripada Hafiy Hadeef untuk mualim dan mualimah. Sepuluh orang gurunya.

Special thanks to Ammar tolong bungkuskan hadiah hari guru Hafiy cantik-cantik.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa teruja melihat hadiah mewah yang diberikan ibu bapa pelajar tersebut kepada guru-guru anaknya.

Malah, si ibu turut memaklumkan bahawa anaknya ingin memberikan hadiah yang sama kepada peniaga-peniaga kantin di sekolahnya.

Ada juga yang berseloroh ingin menjadi cikgu di sekolah sama dengan anaknya dengan harapan dapat hadiah mewah seperti itu.

VIDEO

@nurashikindin

Hadiah hari guru 2024 dari Hafiy Hadeef untuk mualim & mualimah ❤️. 10 orang guru nya. Special thanks to Ammar tolong bungkuskan hadiah hari guru hafiy cantik2 💋 #hadiahhariguru2024 #habibjewels #fypシ゚viral @HABIB Jewels

♬ Cupid – Twin Ver. (FIFTY FIFTY) – Sped Up Version – sped up 8282

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Tiktok

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*