PELAKON Noorkhiriah meminta pihak tidak bertanggungjawab berhenti menggunakan nama dan video miliknya untuk membuka akaun palsu di media sosial.
Khiriah atau Nororkhiriah Ahmad Sapie, 46, berkata, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya perbuatan tersebut masih berterusan.
“Mohon kepada pemilik akaun TikTok ini padam akaun yang menyamar menjadi saya… sebelum tindakan diambil,” tegasnya.
View this post on Instagram
Video lama Khiriah kembali tular.
Khiriah menulis perkara tersebut di laman Instagram miliknya pada Rabu.
Dalam hantaran berkenaan dia juga berkongsi video lama sekitar tujuh tahun lepas ketika dia pernah membuat keputusan untuk berhenti berlakon.
Video itu kembali menjadi bualan apabila seorang penguna akaun TikTok memuat naik kembali di platform tersebut.
Susulan penyebaran video berkenaan, ramai peminat salah faham sehingga ada menganggap Khiriah kini sudah mengundurkan diri daripada dunia seni.
Menjelaskan hal tersebut, Khiriah memberitahu dia masih aktif dan baru sahaja selesai menjalani penggambaran.
“Viral semula video di TikTok. Ini video lama dah tujuh tahun. Saya elok sahaja jalani penggambaran.
Khiriah masih aktif dalam dunia seni.
“Baru sahaja selesai pukul 7 pagi tadi (Rabu),” jelasnya.
Akaun yang juga menggunakan nama Khiriah itu turut berkongsi aktiviti lain aktres berkenaan dan mempunyai jumlah pengikut sebanyak 3,376.
Sekitar tahun 2016, Khiriah pernah meluahkan hasrat untuk berhenti berlakon dan perkara tersebut dikongsi menerusi satu video di media sosial.
Bagaimanapun Khiriah dilihat kembali aktif dalam dunia seni selepas menerima banyak tawaran sehingga hari ini.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Mstar
Leave a Reply