Menurut Mohd Zaidil Adha, dalam perbualan telefon, bapa Lim memberitahu, anaknya terpaksa bertolak awal iaitu pada Jumaat dari Batu Pahat, Johor ke Pulau Pinang kerana tiket bas pada Sabtu sudah habis.
“Saya tanya kepada ayah Lim kenapa tak ikut sama dan jawabnya, tak cukup duit.
“Waktu dengar jawapan itu, saya sudah mula rasa kasihan jadi beritahu pihak pengurusan untuk permohonan kemasukan awal ke asrama dan siap sedia jemput Lim di perhentian bas Balik Pulau pada pagi Sabtu.
“Belum sempat jemput Lim, dia sudah tiba di depan perpustakaan, namun masalah timbul apabila beg mengandungi pakaian dan dokumen penting tertukar dengan orang lain.
“Keadaan itu menyebabkan saya perlu membawa balik Lim ke Terminal Bas Sungai Nibong sebelum ke Terminal Bas Penang Sentral untuk membuat tuntutan beg,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Sepanjang perjalanan pergi dan pulang dari terminal bas, Mohd Zaidil Adha dapat melihat sikap Lim yang taat dengan bapanya.
Pada sama sama, Mohd Zaidil Adha juga nampak keberanian Lim kerana boleh datang menaiki bas sendirian walaupun belum pernah menjejakkan kaki ke Pulau Pinang.
“Waktu dalam kereta, saya nampak Lim ambil gambar Jambatan Pulau Pinang dan kirimkan kepada bapanya.
“Sebelum pulang iaitu selepas saya bawanya beli barang keperluan di sebuah pasar raya pun, dia minta saya singgah ke kedai ubat Cina untuk beli minuman dan ubat seperti diminta bapanya.
“Jadi, saya nampak dia anak yang mendengar kata, malah nampak semangatnya kerana Lim beritahu saya dia enggan berhenti belajar kerana anak tunggal dan menjadi harapan keluarga ,” katanya.
Berhubung perkongsiannya di FB, Mohd Zaidil Adha tidak menyangka ia akan tular kerana niatnya sekadar berkongsi kisah dan pengalamannya.
“Alhamdulillah, baca komen ramai positif dan ucap tahniah kepada Lim selain mengharap kejayaannya pada masa depan.
“Ada juga komen menyatakan apa saya buat itu adalah apa yang Malaysia mahukan kerana nampak semangat perpaduan.
“Hakikatnya, saya bantu tanpa tengok perbezaan kaum, agama atau bangsa kerana mana-mana penuntut memerlukan saya akan bantu malah sering juga dengar luahan serta perkongsian ibu bapa mengenai masalah anak mereka.
“Cuma kebetulan, perkongsian kisah Lim mendapat perhatian mungkin kerana saya dan dia berlainan bangsa, malah apa yang menarik apabila Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) Datuk Dr Mohd Zahari Ismail juga datang bertemu dengan Lim ketika sesi pendaftaran penuntut baru (kelmarin),” katanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : ttk
Leave a Reply