Netizen Pertikai H4mil Jarak Dekat, Isteri Fizo Omar Tampil Beri Respon – “Berd0sa Ke Saya Yang Dah Bersuami Ni Meng4ndung?”

Isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri telah meluahkan rasa kurang senang apabila terdapat seorang wanita yang mempersoalkan dirinya hamil dalam jarak yang dekat.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Fazeera memuat naik tangkap layar (screenshot) memaparkan mesej individu tersebut yang berkongsi pendapatnya mengenai kehamilan dalam jarak yang dekat.

Jaga diri awak, ini bukan soal rezeki tapi badan mahu pakai lama. Saya pernah mengandung jarak dekat.

Masa bersalin kena tumpah darah sebab tak jaga penjarakan, itu pandangan saya lah.

Menerusi hantaran yang sama, Fazeera memberitahu dia menganggap dikurniakan dengan anak yang ramai merupakan rezeki terbesar dari Allah dan dia tidak mampu menolaknya.

Berdosa ke saya yang sudah bersuami ni mengandung? Kalau rezeki, takkan saya nak tolak.

Saya percaya setiap cahaya mata ada lorong rezeki yang tak berpenghujung.

Menerusi hantaran yang lain, dia turut menegur sikap segelintir kaum wanita yang seakan mahu menjatuhkan martabat wanita yang lain.

Saya rasa tak perlu kot wanita sesama wanita ni ‘down’ kan wanita lain.

Sikit-sikit cakap ‘nanti stress cakap anak ramai’, ‘ada pembantu rumah senang lah’, ‘badan nak pakai lama lah’, ‘mengandung lagi?’, ‘suami tak kesian ke dekat isteri?

Walaupun korang di luar sana melalui beberapa kepayahan dalam kehamilan, tak perlu tarik orang lain atau cerita benda itu kepada orang lain.

Sebelum ini, Fizo Omar memaklumkan bahawa dia bakal menimang anak keempat kerana isterinya sedang hamil.

Fizo dan Fazeera berkahwin pada 21 Oktober 2021 dan mereka sudah memiliki dua anak perempuan iaitu Wan Khaleeda dan Wan Umaira.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*