[VIDEO] Abang Syed Saddiq ‘Restu’ Hubungan Dengan Bella Astillah – ‘Saya Kenal Adik Saya, Jarang Nampak Dia Gembira Macam Ni’

Abang kepada ahli politik Syed Saddiq iaitu Syed Abdullah merestui hubungan adiknya itu dengan penyanyi dan pelakon, Bella Astillah.

Abang restu hubungan Saddiq, Bella

@grumpymunchkin_bbss

Greenlightttt dari abg yb guysssss , kitaa sama² doakan mereka berjodohh aminn 🥹🥹 @Bella Astillah @Syed Saddiq @spacedollah #xyzabc #4u #foryou #bass #syedsaddiq #bellasaddiq #spacedollah

♬ suara asli – Morde Sawaki – Morde Sawaki

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini, Syed Abdullah atau nama lengkapnya Syed Abdullah Abd. Rahman, 38, menyatakan sokongan penuh terhadap hubungan adiknya itu. Malah mengakui pasangan terbabit sangat sepadan dan serasi apabila bersama.

Saya pun rasa mereka sesuai.

Setuju 100 peratus. Kalau boleh kita sama-sama doakan mereka ada jodoh. Kita sama-sama doakan sesuatu yang baik berlaku.

Syed berkata demikian ketika ketika ditanya oleh netizen mengenai pendapatnya terhadap hubungan adiknya itu.

Selain itu, Syed Abdullah turut menyatakan bahawa dia juga melihat perubahan Ahli Parlimen Muar itu yang kini lebih gembira terutamanya ketika bersama Bella.

Sebab satu perkara yang saya perasan, saya kenal adik saya lama dan saya jarang nampak dia gembira macam ni. Jadi bila dia gembira, ia buat saya gembira.

Kenyataan tersebut sekaligus mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan peminat dan pengikut mereka, yang turut mendoakan kebahagiaan pasangan ini.

Sumber: TikTok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*