
Tindakan pempengaruh media sosial, Ameera Khan yang memadam gambar kekasihnya, pelakon Jefri Nichol di Instagram miliknya telah menimbulkan pelbagai tanda tanya.
Dah putus?
Pun begitu, Ameera atau mesra disapa Little Miss Khan (LMK), 24, masih lagi mengikuti aktor tersebut di laman sosial berkenaan.
Hal ini sekali gus menimbulkan spekulasi bahawa hubungan cinta mereka sudah menemui titik noktah.
Sementara itu, menerusi tinjaun OhBulan, Jefri masih menayang foto bersama mereka di akaun miliknya.
Sehingga artikel ini ditulis, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh mana-mana pihak.
Sebelum ini, Ameera dan Jefri semakin terbuka berkongsi keakraban dan momen romantis mereka di media sosial masing-masing.
Meskipun tidak pernah mengesahkan mempunyai hubungan cinta, namun netizen boleh menghidu melalui gerak-geri mereka.
Sumber: Instagram
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Leave a Reply