Berhenti Tepi Jalan Raya Nak Buang Air Kecil, Pemandu Lori Ced3ra P4rah Diterk4m Harimau Kumbang

Semalam, tular satu video di platform media sosial memaparkan seorang pemandu lori berumur 50-an berhenti di tepi jalan untuk membuang air kecil diserang oleh seekor harimau kumbang di Bukit Tangga, Negeri Sembilan.

Pemandu lori diserang harimau kumbang tepi jalan raya

@_beasttobe

Harimau kumbang terkam driver lori di bukit tangga. Semoga tiada kecederaan yang serious kepada pakcik tersebut. Aamiin #bukit tangga #harimaukumbangšŸ”„#terkamdriverlori #blackpanther

♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya

Difahamkan, mangsa telah diserang oleh harimau berkenaan secara tiba-tiba sewaktu dirinya mahu membuang air kecil di tepi jalan tersebut.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku sekitar jam 3.30 petang dan video tular berdurasi 16 saat yang dirakam olehĀ dashcam sebuah kereta itu memaparkan seekor harimau kumbang menyerang mangsa.

Bagaimanapun, haiwan liar tersebut melarikan diri selepas mendapati terdapat beberapa kenderaan lain melalui jalan terbabit.

Dapat dilihat, selepas sahaja diserang harimau itu, mangsa terus rebah di tepi jalan dan beberapa foto dirinya cedera parah tular di platform media sosial.

KOMEN NETIZEN

Jangan berhentikan kenderaan di kawasan berpotensi hidupan liar

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan, Faizal Izham Pikri mengesahkan pihaknya sudah menerima laporan kejadian terbabit serta menasihati pengguna jalan raya untuk tidak berhenti di tepi jalan raya, terutama di kawasan berpotensi hidupan liar.

Saya nasihatkan buat masa sekarang kenderaan tidak berhenti di tepi jalan bagi elak kejadian tidak diingini.

Jom Like Page Kami Juga Di FacebookĀ Catatan Terakhir

Sumber : Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*