[VIDEO] Wanita Berniqab Bakal Madu Nilam Ortiz? Ucap Terima Kasih Kepada Azlan Komeng Sebab Sentiasa Teman

Hantaran seorang wanita berniqab meraih perhatian wargamaya selepas didakwa merupakan bakal madu kepada usahawan Nur Nilam Ortiz.

Madu Nilam?

@maizila1

alhamdulilah TQ anjeee cayunkkk selalu ada dengan Anje walaupun sibuk dengan kerja. Lepas rindu kat cayunk sorang ni. #cintamatiku #ak #azlankomeng #future #inshallah

♬ Sumpah Dan Cinta Matiku – NIDJI

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, individu yang dikenali sebagai Maizila itu memuat naik beberapa foto bersama pelakon, Azlan Komeng di dalam kereta.

Pada perkongsian itu, Maizila meluahkan rasa syukur kerana sering ditemani Azlan walaupun sibuk dengan perniagaannya.

Alhamdulillah, terima kasih sayang selalu ada dengan saya walau sibuk bekerja.

Lepas rindu dengan sayang sorang ini.

Bagaimanapun, ruangan komen dipenuhi dengan komen negatif terhadap Maizila yang didakwa sebagai perosak rumah tangga Nur Nilam.

Imbas kembali, Nilam mencuri perhatian apabila mendedahkan suaminya, Azlan akan berkahwin satu lagi malah dia juga sudah bertemu dengan bakal madunya.

Sebelum ini, Nilam berkongsi video memperlihatkan dia berada di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi baru-baru ini.

Menerusi perkongsian itu, Nilam yang memakai jubah dan tudung serba hitam seakan-akan memberi bayangan dia memilih untuk berpisah dan hanya mahu menjaga hatinya sendiri.

Untuk rekod, Azlan dan Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022.

Sumber: TikTok @Maizila Aini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*