[VIDEO] Afifah Nasir Umum H4mil Anak Pertama – ‘Kini Bab Baru Bermula’

Pelakon Afifah Nasir mengumumkan kini sedang hamil anak pertama selepas genap setahun mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Syed Hariz.

‘Bab baru bermula’

Khabar gembira itu dikongsi oleh pemilik nama Nur Afifah Nasir, 32, menerusi hantaran video di Instagram pada Ahad.

Dalam muat naik video itu, Afifah menunjukkan imbasan foto yang memaparkan kandungannya selain menzahirkan perasaan gembira.

Setahun yang lalu, kita hanya menulis kisah cinta kita, satu halaman pada satu masa.

Kini, bab baru bermula dengan degupan jantung yang tumbuh dalam diri ini.

Keajaiban kecil kami, dibuat dengan cinta.

Perkongsian itu mendapat reaksi gembira daripada orang ramai dan juga rakan artis yang meluahkan rasa syukur terhadap berita itu.

Untuk rekod, Afifah dan Syed Hariz mendirikan rumah tangga pada 5 Mei lalu selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan.

Komen netizen

Sumber: Instagram

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*