Edika Yusof Sah Bercer4i T4lak Satu

Pelakon, Edika Yusof, sah bercerai talak satu dengan isteri, Nor Hidayah Yusri pada jam 10.40 pagi, Isnin.

Bercerai

Lafaz talak itu dibuat di hadapan Hakim Syarie, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Syed Muhammad Syahadi Syed Siksh.

Saya Mohd Yusof Abd Majid menceraikan isteri saya Nor Hidayah Yusri talak satu mulai hari ini (Isnin).

Sebelum Edika melafazkan cerai, dia juga enggan memberikan sebarang ucapan terakhir buat Hidayah.

Hidayah pula kemudiannya membuat ucapan terakhir dan berterima kasih terhadap kebaikan yang pernah dibuat Edika dilakukan sambil menangis.

Saya sebagai isteri tak pernah nafi kebaikan dia tetapi keputusan ini berdasarkan hukum. Saya terpaksa buat. Saya harap dia faham.

Setelah itu, Edika dan Hidayah sempat bersalaman dan membuat permohonan maaf buat kali terakhir.

Pada 23 April lalu, Hidayah menyenaraikan 10 alasan yang menyebabkan dia membuat permohonan cerai terhadap Edika di hadapan hakim.

Kesemua sebab tersebut disifatkan perkara kritikal sehingga membuatkan rumah tangga mereka tidak dapat diselamatkan lagi.

Untuk info, Hidayah memfailkan cerai terhdap Edika pada pertengahan Februari lalu.

Edika dan Hidayah mendirikan rumah tangga pada 16 Januari 2004 dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fardeen Nasrulhaq dan Fereena Nurulhaq.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*