
Pelakon, Datin Seri Umie Aida tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pelakon, Rosyam Nor.
Umie minta maaf pada Rosyam
@umieaida_9 Gurau2 juga. Rasa hormat saya pada abg rosham tetap ada. Seorg pelakon hebat & abg yang caring dan mulut memang takde insurance. 😂 kalau korang tgk mlm ni , scene tu betul2 kena tepat kat muka & kepala abg. Dimana abg yg suruh kat sini umi kat sini. Aduhhhh.. keluargaitu fyp
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Umie atau nama lengkapnya Umi Khalsum Rahmad Ali memohon maaf atas keterlanjurannya sepanjang menjalani set penggambaran drama ‘Keluarga Itu’ bersama Rosyam.
Ujarnya, dia tidak pernah melakukan perkara sebegitu rupa kepada mana-mana pihak.
Saya nak minta maaf kepada abang walaupun memang abang yang suruh tapi berat untuk saya buat sebenarnya.
Terutama sekali kepada keluarga, anak-anak dan cucu-cucu abang, saya nak minta maaf sangat-sangat.
Saya tak pernah buat orang macam itu, saya betul-betul minta maaf.
Sementara itu, Rosyam atau nama lengkapnya Mohamed Noor Shamsuddin dia tidak mengambil hati kerana memahami tindakan Umie yang hanya menjayakan wataknya di dalam drama berkenaan.
Tak ada apalah Umie, bagi abang itu berlakon ja dan itu kan kerja.
Abang pun sebenarnya tak pernah bagi mana-mana pelakon yang buat macam itu tetapi kita dah berlakon bersama lama dah dan abang dah anggap Ummie macam adik.
Jadi untuk watak itu, abang okay saja.
‘Scene’ tendang Rosyam Nor
@
Untuk pengetahuan semua, permohonan maaf itu difahamkan dibuat Umie selepas menjayakan babak menendang Rosyam kerana berang mendapati anak istimewanya diperkosa ‘Iman’.
Babak tersebut kemudiannya tular dan meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya berpuas hati dengan tindakan ‘Chempaka’.
Sekadar info, drama ‘Keluarga Itu’ kini tiba dipenghujungnya dan bakal menemui penonton pada 9 Mei ini di TV3.
Sumber: TikTok Umie Aida
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Leave a Reply