[VIDEO] “Kali Pertama Jejak Kaki, Saya Rasa Inilah ‘Jodoh’ Saya” – Lawanya Rumah Baru Daiyan Trisha!

Selepas tiga tahun membeli rumah pertama, pelakon cantik Daiyan Trisha berjaya memiliki kediaman keduanya iaitu unit rumah teres dua tingkat.

Kediaman berkonsepkan minimalis itu kata Daiyan rumah terbabit sangat menepati dengan karakter dan jiwanya.

“Apabila saya membawa keluarga dan kawan-kawan rapat ke rumah ini atau menunjukkan gambarnya, mereka kata satu perkara ‘rumah ini sangatlah kamu’.

“Dan yang lucunya, saya pun rasakan hal yang sama. Pertama kali saya melangkah masuk ke dalam rumah ini, saya rasa ia ‘jodoh’ saya.

“Seperti ia memang sedang menunggu saya,” kata Daiyan yang akan berkongsi keseluruhan rumah itu apabila sudah berpindah kelak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Daiyan Trisha (@daiyantrisha)


Daiyan turut melahirkan rasa syukur apabila impian untuk memiliki kediaman yang menepati citarasanya itu menjadi realiti.

“Rumah idaman saya. Terima kasih ya Allah, cinta hati saya, kamu sangat baik pada saya. Apabila impian saya jadi kenyataan, seperti segala kerja kerasa saya berbaloi, saya sangat gembira!

“Tolong doakan yang baik-baik ya. Semoga saya dan keluarga sentiasa dilindungi,” tambahnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Daiyan Trisha (@daiyantrisha)


Kediaman yang disifatkan persis kejiranan Korea Selatan itu dilengkapi dengan cermin yang memberikan pencahayaan maksima kepada pemilik.

Melembutkan binaan terbabit, rumah berciri moden itu turut dilengkapi dengan kolam di bahagian luar.

Untuk rekod, pada 2019, Daiyan pernah berkongsi video membeli rumah pertamanya iaitu sebuah kondominium yang terletak di Kuala Lumpur.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : gempak.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*