“Eh, sempat main mata” – Pemuda tergelak kamera live RTM lalu di depan ketika solat Jumaat, netizen syak jenis mudah terhibur

BAGI kaum Hawa yang tidak berpeluang ke masjid, mereka boleh mengikuti bacaan khutbah serta menonton siaran langsung solat Jumaat menerusi saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Pada Jumaat, para penonton turut disajikan dengan tindakan spontan seorang lelaki yang tergelak kecil ketika sedang menunaikan solat di sebuah masjid.

Menerusi siaran langsung itu, lelaki berkenaan dipercayai sedang menunaikan solat sunat sebelum dia menyedari dirinya bersama jemaah lain sedang dirakam oleh kamera RTM.

Dia yang tersenyum malu kemudiannya dilihat mengalihkan pandangan mata sebelum menekup mulutnya dengan tangan untuk menahan ketawa.

“Malu-malu pula abang ni,” tulis Noramira Che Din yang memuat naik rakaman itu ke aplikasi TikTok.

Menurut Noramira, dia tidak berniat membuka a1b, sebaliknya berkongsi video kerana terhibur dengan gelagat pemuda itu yang dirasakan comel.

“Bukan nak buka a1b abang ni tau. Up sebab dia comel je,” jelasnya lagi.

Dalam tempoh sehari, video itu meraih 1.3 juta tontonan netizen menerusi platform berkenaan.

Malah, rata-rata netizen turut meluahkan rasa terhibur dengan aksi spontan pemuda tersebut.

“Weh sejenis mudah terhibur ni memang susah, nak-nak tengah solat. Kadang dah rakaat akhir dah kot.

“Aku pun kalau kamera tala muka aku, auto jadi malu nak tergelak. Tak boleh control.

“Senyum itu sedekah. Satu Malaysia dia sedekahkan.

solat

Tangkap layar video yang sedang tular di TikTok.

“Apa ni tak khusyuk? Kelakarlah abang ni.

“Eh sempat pula dia main mata dengan kamera,” tulis beberapa netizen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Di ruangan komen, beberapa individu turut mempersoalkan sekiranya sah atau tidak solat pemuda berkenaan selepas dia dilihat ketawa dalam rakaman itu.

Untuk rekod, pendakwah Ustaz Azhar Idrus pernah berkongsi mengenai topik ‘ketawa ketika solat’ menerusi posting di Facebook pada Februari 2018.

Muslim make a pray for Christchurch shooting tragedy at National Mosque in Kuala Lumpur after friday prayer. FAIHAN GHANI/The Star.

Siaran langsung ketika solat Jumaat itu ditayangkan oleh RTM pada Jumaat lalu. (Gambar Hiasan)

“Ketawa di dalam solat jika banyak membatalkan solat dan jika sedikit dan bukan sengaja maka dimaaf. Ada pun senyum maka tidaklah membatalkan solat sekalipun lama ia tersenyum. Wallahua’lam,” tulisnya di Facebook.

Selain itu, Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang juga pernah berkongsi mengenai topik itu menerusi laman Twitter miliknya.

“Ketawa sehingga mengeluarkan suara yang berhuruf membatalkan sembahyang mengikut Ibnu Munzir dengan ijma para ulama.

“Imam Nawawi menegaskan batal apabila suara dua huruf. Ada pun tersenyum sahaja tanpa mengeluarkan suara tidak membatalkan sembahyang,” tulisnya pada Julai 2020.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*