Ada Pertikai Pakej Umrah Bersama Neelofa Mahal Sampai RM35K, Netizen Back-Up – “Syurga Ke Tidak, Semua Urusan Tuhan”

Baru-baru ini, sebuah agensi umrah mengumumkan pakej ibadah umrah yang turut disertai oleh usahawan dan personaliti Neelofa berserta suaminya, PU Riz.

Menerusi kemas kini di Instagram milik agensi berkenaan, ibadah mengerjakan umrah tersebut dibahagikan mengikut tiga pakej iaitu premium, VIP dan VVIP.

Setiap pakej ditawarkan pada harga berlainan, dengan pakej VVIP berharga RM35,000 setiap jemaah.

Begitupun, pakej berkenaan menerima kritikan daripada seorang netizen. Menerusi satu ciapan yang viral di Twitter, seorang wargamaya dilihat seperti terkejut dengan harga yang ditawarkan.

Ciapan tersebut berbunyi: “Wow RM35K ye umrah Hajah Neelofa, confirm syurga ke ni?” soalnya.

Namun, ciapan tersebut menerima maklum balas negatif dalam kalangan pengguna Twitter, yang rata-rata tidak bersetuju dengan pendapat tersebut.

“Ticket business class Saudi Airlines tak murah ye. Takde RM8,000, diam-diam. Nak book business class pun lagi tak mudah ye. Dah la charter flight. Diam-diam jelah bang. Tak duduk dalam industri perlancongan baik abang study sikit-sikit, jadi agen. Boleh dapat komisyen.”

“Syurga ke tidak tu, semua urusan Tuhan sis. Tengok sendiri pakej dia bagi aku rasa berbaloi untuk keselesaan two weeks buat umrah. Kalau mampu, gunalah servis dia. Kalau tak mampu, diam je.”

“Babe that’s business class. RM35,000 is fair enough.”

“Plus stay kat Dar Attawheed dengan Oberoi kot. Tu hotel paling mahal di Mekah and Madinah.”

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : gempak.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*