“Semoga menjadi anak yang…,” – Sweetnya ucapan hari lahir Amyra Rosli buat anak tercinta

Pelakon, Amyra Rosli meraih perhatian wargamaya apabila berkongsi ucapan manis bersempena ulang tahun kelahiran anak tercinta iaitu Ayra Aryssa.

Menerusi laman sosial Instagram, Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli memuat naik gambar sambutan ulang tahun kelahiran anak tercinta untuk tatapan umum.

Menurut Amyra, dia berharap Aryssa menjadi seorang anak yang taat kepada Allah, berbakti kepada ibu bapa dan membesar menjadi seorang yang menyenangkan serta disenangi orang ramai. Selain itu, Amyra juga berharap anaknya itu memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat.

“Happy Birthday anak solehah. Semoga menjadi anak yg taat kpd Allah swt dan berbakti pd mommy daddy, membesar menjadi seorang yg menyenangkan dan disenangi org ramai serta berjaya dunia akhirat. Amin ,” tulis Amyra di ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Madam Amyra (@aamyrarosli)


Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 33k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata turut mendoakan dan mengucapkan selamat hari lahir untuk Ayra Aryssa.

Untuk rekod, Amyra Rosli dan Amar Baharin mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 5, dan Ayra Aryssa, 3.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : instagram aamyrarosli

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*