Ralat tak dapat teman isteri bers4lin, Usop timang anak kedua – “Sempat bawa dia keluar makan”

ISTERI kepada penyanyi Usop iaitu Nur Fatihah Md Hashim selamat melahirkan cahaya kedua mereka pada malam Selesa di sebuah pusat perubatan di Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Bayi perempuan seberat 3.9 kilogram itu dilahirkan secara normal pada pukul 11.15 malam.

Meluahkan rasa syukur, Usop atau Muhammad Saiful Naim Mohd Noor, 26, memberitahu dia tidak berkesempatan untuk menemani isteri ketika di bilik bersalin kerana terlibat dengan persembahan.

Usop sempat berkongsi video memohon doa untuk isteri.

“Kalau ikutkan doktor beritahu bersalin hujung Mei atau awal Jun. Jadi semuanya berlaku secara mengejut.

“Petang semalam (Rabu) saya ke Sintok kerana terlibat dengan persembahan. Ketika acara di sana berlangsung saya dimaklumkan isteri sudah berada di wad kecemasan.

“Memang tak sempat nak balik sebab saya perlu teruskan kerja. Tak kan saya nak tinggalkan acara sebab orang dah bayar. Syukur isteri dan anak kami selamat,” katanya.

Penyanyi ini turut berkongsi berita gembira itu di laman Instagram miliknya.

Bercerita lanjut, Usop juga memberitahu dia sempat menemani isterinya makan di luar sebelum bertolak ke Sintok.

“Sejak awal pagi saya dah ada rasa isteri akan bersalin hari ini (Rabu). Saya sempat bawa dia keluar makan. Macam-macam dia nak makan termasuk pulut durian.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Usop 🌺 (@usopofficial)

Kelam-kabut juga saya sebab tidak berada di sisi isteri ketika dia bersalin namun dia sangat kuat, dia sempat video call betul-betul selepas bersalin

USOP

PENYANYI

“Ketika itu belum nampak sebarang tanda isteri akan bersalin. Mujurlah ada ibu mentua dan abang ipar di rumah yang membawa isteri ke hospital,” jelasnya.

Menurutnya lagi masih ada barang-barang keperluan berpantang dan kelengkapan bayi belum dibeli kerana tidak menjangka isteri akan bersalin awal.

“Kelam-kabut juga saya sebab tidak berada di sisi isteri ketika dia bersalin namun dia sangat kuat, dia sempat video call betul-betul selepas bersalin.

Usop dan isteri bersama anak sulung mereka.

“Disebabkan isteri bersalin lebih awal, ada barang-barang yang belum sempat beli.

Usop juga memberitahu bakal berkongsi nama dan wajah anaknya itu dalam masa terdekat.

Untuk rekod, Usop dan Fatihah mendirikan rumah tangga pada 4 Februari 2022 dan mereka hasil perkahwinan itu turut dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhammad Saif Umar, 2 tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*