Almy Nadia Berhijab Atas Kemahuan Sendiri – ‘Kini Sampai Masanya Untuk Saya Berhijrah’

Pelakon Almy Nadia mengakui sudah lama menyimpan hasrat untuk berhijab atas kehendak diri bukannya dip4ksa oleh suami.

Niat berhijab

Memetik laporan Harian Metro, pelakon berusia 36 tahun ini mended4hkan pernah mempunyai perasaan bimbang terhadap suaminya yang mungkin akan berpaling kepada wanita lain sekiranya dia berhijab.

Saya mula berubah secara perlahan-lahan bermula dari segi pakaian. Selain memakai baju yang longgar, saya juga mula memakai selendang untuk menutup rambut ketika di luar rumah.

Saya juga mula berhijab sepenuhnya ketika mengambil anak di sekolah yang berhampiran Masjid Wilayah dan seterusnya ketika terbabit dalam program Majalah Keluarga di Legoland pada tahun lalu.

Dalam pada itu, suaminya yang juga merupakan pelakon, Datuk Fizz Fairuz, tidak pernah menghalang hasratnya itu bagaimanapun turut meminta Almy membetulkan niat untuk berhijrah itu semata-mata kerana Allah serta bukan disebabkan oleh orang lain.

Fizz cuma bertanya adakah saya benar-benar sudah bersedia berhijab dan dia juga meminta saya betulkan niat berhijrah kerana Allah, bukan paksaan darinya atau ahli keluarga

Ahli keluarga saya dan mentua semuanya berhijab dan mereka juga sangat menyokong penghijrahan ini.

Terus terang saya juga sudah puas bergaya dengan pelbagai fesyen baju dan rambut ketika zaman anak dara dan bentuk badan langsing dulu dan kini sampai masanya untuk saya berhijrah menjadi isteri, ibu dan hamba Allah yang lebih baik.

Sekadar info, Almy Nadia dan Fizz Fairuz mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014 dan telah dikurniakan empat orang cahaya mata.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : ohbulan.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*